Kenaikan Gaji Tahunan 2 Kali Bagi Penjawat Awam Tahun 2016








Photo credit to www.mstar.com.my


Alhamdulillah, bagi kesemua penjawat awam, tahun 2016 merupakan tahun yang memberikan sedikit sinar harapan bagi mereka dengan KGT (kenaikan gaji tahunan) yang akan diperolehi sebanyak 2 kali.

Dengan kesukaran anak-anak mereka mendapat pinjaman penuh PTPTN, BR1M juga tidak layak, dibebankan pula dengan kenaikan tol, permohonan rumah PR1MA sukar sekali, cukai pendapatan masih lagi tinggi, poket mereka bocor setiap hari dengan bayaran cukai GST 6 peratus, jadi KGT ini merupakan satu bonus besar buat mereka dalam meneruskan kelangsungan hidup.

Sebelum ini, KGT adalah terbahagi kepada 4 kategori:

Kenaikan Gaji Tahunan KGT Januari : bagi lantikan 1 Januari hingga 31 Mac
Kenaikan Gaji tahunan KGT April : bagi lantikan 1 April hingga 30 Jun
Kenaikan Gaji tahunan KGT Julai : bagi lantikan 1 Julai hingga 30 September
Kenaikan Gaji tahunan KGT Oktober : bagi lantikan 1 Oktober hingga 30 Disember

Jadi, setelah masuk tahun 2016, maka penjawat awam akan menikmati 2 KGT seperti berikut:

KGT Januari akan dapat juga sekali lagi pada Julai 2016
KGT April akan dapat juga sekali lagi pada Julai 2016
KGT Julai akan dapat 2 kali sekaligus pada Julai 2016
KGT Oktober 2016 akan dapat sebelum itu pada Julai 2016

Dengan kenaikan tersebut, sama-samalah kita berdoa dan berharap agar harga minyak dan barang tidak akan naik secara keterlaluan. Jika tidak, maka tidak bermaknalah KGT yang berjumlah 2 kali tersebut. Apa pun, bersyukurlah dengan apa yang telah Allah SWT kurniakan. Walaupun banyak atau sedikit.... bersyukurlah...












Stumble This Fav This With Technorati Add To Del.icio.us Digg This Add To Reddit Add To Facebook




Share your views...

0 Respones to "Kenaikan Gaji Tahunan 2 Kali Bagi Penjawat Awam Tahun 2016"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© 2015 | 2016 Keusahawanan, Fotografi, Personal All Rights Reserved