Buat Duit Dengan Sublet










Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah kerana saya masih dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah SWT sehingga hari ini dan dapat berkongsi dengan anda post-post yang saya kira bermanfaat untuk kita semua.

Saya rasa anda pasti tertanya-tanya berkenaan tajuk post ni iaitu Buat Duit Dengan SUBLET

Tahukah anda apakah itu Sublet?

Sublet adalah bermaksud tuan rumah (owner) menyewakan rumah mereka dengan kadar sewa yang di persetujui kepada pihak pengurusan hartanah yang berpengalaman dari segi teknikal dan perundangan. Dalam masa yang sama, pihak pengurusan hartanah atau dikenali sebagai subletter itu akan menyewakan kembali rumah kepada penyewa. Lazimnya, kadar sewaan antara tuan rumah dengan pihak pengurusan dan antara pihak pengurusan dengan penyewa adalah mengikut pasaran terkini kawasan tersebut.

Demikianlah maksud Sublet. Jadi untuk anda lebih memahami perjalanan bisnes Sublet, disini saya beri contoh kawan saya Ahmad (bukan nama sebenar) yang merupakan seorang Subletter. Beliau telah membuat sedikit research berkaitan permintaan rumah sewa berdekatan rumahnya. Dan beliau mendapati kawasan tersebut mempunyai permintaan rumah sewa yang sangat tinggi kerana tidak jauh dari situ merupakan kawasan perindustrian. Banyak kilang-kilang di kawasan tersebut.

Seterusnya, Ahmad mencari rumah-rumah yang masih belum didiami dan menghubungi tuan punya rumah tersebut.

Akhirnya, beliau mendapat sebuah rumah yang agak strategik kerana ia berdekatan dengan stesyen LRT dan pasar mini.

Setelah persetujuan dicapai antara Ahmad dan tuan rumah, maka mereka menandatangani perjanjian (MoU). Tuan rumah (owner) bersetuju menyewakan rumah tersebut dengan kadar RM500 sebulan.

Jadi selepas itu, Ahmad mula mengecat, mengubah suai hiasan dalaman rumah tersebut dan memasukkan beberapa peralatan terpakai seperti TV, peti sejuk, penghawa dingin, mesin basuh dan beliau juga telah melanggan Astro Njoi untuk rumah sewa tersebut. Modal kesemua peralatan terpakai tersebut adalah sangat rendah berbanding membeli peralatan yang baru kerana beliau telah mengetahui 'lubuk-lubuk' barangan terpakai yang masih berkualiti.

Akhirnya rumah tersebut telah berjaya disewakan dengan kadar RM1100 sebulan. Dari rumah tersebut, Ahmad mendapat keuntungan sebanyak RM600 setiap bulan setelah ditolak bayaran sewa kepada owner rumah.

Demikianlah serba sedikit tentang perjalanan bisnes Sublet. Walaupun kita tiada kemampuan untuk beli rumah sendiri, namun kita masih mampu menjana pendapatan dengan rumah orang lain.

Inilah peluang kita untuk meneroka cabang pendapatan pasif atau pendapatan kedua. Kebetulan sahabat saya juga telah pun menulis panduan Rahsia Sublet Premium, jadi anda bolehlah dapatkan panduan tersebut di sini Ebook Rahsia Sublet Premium.

Beliau juga menawarkan bonus yang sangat menarik. Saya galakkan anda untuk memiliki ebook tersebut sebelum semua bonus ditarik balik dan harganya dinaikkan.

Dapatkan Ebook Rahsia Sublet Premium hari ini juga.














Stumble This Fav This With Technorati Add To Del.icio.us Digg This Add To Reddit Add To Facebook




Share your views...

0 Respones to "Buat Duit Dengan Sublet"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© 2015 | 2016 Keusahawanan, Fotografi, Personal All Rights Reserved