Cuti-Cuti Malaysia: Cara Untuk Bawa Masuk Kenderaan Ke Langkawi








cara untuk membawa masuk kenderaan ke Langkawi
Sumber: http://langkawiauto.com


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog Barizanif. Selamat berpuasa juga saya ucapkan kepada semua umat Islam. InsyaAllah tak sampai seminggu lagi kita semua akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Cuti sekolah pun sampai 10 hari.

Bagi yang berniat untuk menghabiskan cuti yang panjang tu untuk melancong ke Langkawi dan ingin membawa kereta sendiri ke sana, kat sini saya kongsikan prosedur atau cara-cara untuk membawa masuk kenderaan ke Langkawi menggunakan perkhidmatan feri Langkawi Auto Express melalui Jeti Kuala Perlis.


cara nak bawa masuk kereta ke langkawi
Sumber: zafizalismail.blogspot.com


Berikut adalah prosedur membawa masuk kenderaan ke Langkawi:


1. Dokumen wajib.

Bawa salinan kad pengenalan dan geran kenderaan (depan dan belakang). Ia sangat penting bagi mengesahkan pemilikan kenderaan. Jika membuat online booking, anda perlu fax geran kenderaan anda kepada Langkawi Auto Express (04 9692889) / Kuala Perlis (04 9851401) selepas tempahan telah dibuat.


cara bawa kereta ke Langkawi
Loading kenderaan ke dalam feri


2. Harga tiket. 

Untuk pengetahuan anda, jika anda pergi berseorangan, tiket hanya dikenakan atas kenderaan sahaja manakala bagi pemandu adalah percuma. Akan tetapi jika anda membawa penumpang di dalam kenderaan tersebut maka mereka akan dikenakan tiket berasingan.

Kadar tiket juga adalah berbeza mengikut cc kenderaan. Lebih kecil cc kenderaan anda maka lebih murah kadar tiketnya.

Anda boleh rujuk jadual di bawah:

cara untuk membawa masuk kenderaan ke Langkawi
Sumber: langkawiauto.com

3. Masa Berlepas:

Langkawi Auto Express menyediakan perkhidmatan pengangkutan kenderaan dua hala, iaitu dari Jeti Kuala Perlis ke Port Tanjung Lembong dan dari Port Tanjung Lembong ke Jeti Kuala Perlis.

Masa berlepas dari Jeti Kuala Perlis ke Port Tanjung Lembong adalah di waktu pagi. Lingkungan jam 10.30 pagi atau 11.00 pagi. Manakala masa berlepas dari Port Tanjung Lembong ke Jeti Kuala Perlis pula adalah di waktu petang sekitar jam 2.00, 3.00 atau 4.00 petang.

Jadi rancanglah perjalanan anda sebaik-baiknya. Sila rujuk jadual di bawah (jadual untuk bulan Julai 2015):

cara untuk membawa masuk kenderaan ke Langkawi
Sumber: http://langkawiauto.com


4. Tempahan tiket:

Terdapat 3 cara untuk membeli tiket.

i. Melalui kaunter yang terdapat di Kuala Perlis.

ii. Pembelian secara online di laman web berikut: http://www.langkawiauto.com

Akan tetapi terdapat jenis-jenis kenderaan yang tidak boleh ditempah melalui online booking. Antaranya ialah bas, bas mini, bas double decker, lori trailer, lori karavan dan kenderaan perdagangan.  Untuk kenderaan-kenderaan tersebut, tempahan boleh dilakukan melalui telefon

iii. Tempahan melalui telefon di kaunter Kuala Perlis 04-9851584 / 04-9851401 (Faks)

Tempahan perlu dilakukan sekurang-kurangnya 24 jam lebih awal dari masa berlepas.


kaunter tiket Langkawi Auto Express di Kuala Perlis
Kaunter tiket di Kuala Perlis

Ok, setelah anda selesai membuat tempahan tiket, pastikan anda berada di Jeti Kuala Perlis 2 jam lebih awal dari masa berlepas. Ia bagi memudahkan urusan claim tiket dan sebagainya. Kemungkinan pada hari cuti umum sekitar kawasan jeti akan lebih sesak dengan pelbagai kenderaan. Jadi lebih baik anda berada di sana lebih awal supaya tidak mendatangkan masalah untuk loading kenderaan ke dalam feri.

Kelebihan membawa kenderaan sendiri ke Langkawi ialah anda tidak perlu bersusah payah untuk loading barang-barang yang anda shopping di Langkawi ke dalam feri penumpang. Anda hanya perlu masukkan barangan tersebut dalam bonet dan relax sahaja di dalam kenderaan anda dan atas feri hinggalah anda sampai di rumah. Senang kan?


tempat duduk VIP
Seat VIP

tempat duduk penumpang Langkawi Auto Express
Ruang penumpang


Setakat ini sahaja perkongsian saya mengenai prosedur atau cara-cara untuk membawa masuk kenderaan ke Langkawi menggunakan perkhidmatan feri Langkawi Auto Express melalui Jeti Kuala Perlis. 

Diharap anda mendapat manfaat daripada perkongsian ini dan saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri bagi yang beragama Islam serta selamat bercuti...












Stumble This Fav This With Technorati Add To Del.icio.us Digg This Add To Reddit Add To Facebook




Share your views...

1 Respones to "Cuti-Cuti Malaysia: Cara Untuk Bawa Masuk Kenderaan Ke Langkawi"

Cenang Plaza Beach Hotel said...

memang memudahkan perkhidmatan ni, lebih cepat dari Langkawi RORO.. :)


July 15, 2015 at 10:27 AM

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© 2015 | 2016 Keusahawanan, Fotografi, Personal All Rights Reserved