Perancangan Kewangan Bulan Ramadhan dan Syawal Al Mubarak 1436H










Alhamdulillah pada tahun ni kita semua telah dipanjangkan umur oleh Allah SWT hingga dapat bertemu semula dengan bulan penuh keberkatan dan pengampunan iaitu bulan Ramadhan.

Bagi tahun ni, Barizanif telah berazam untuk melakukan penjimatan dalam perbelanjaan isi rumah agar dapat membantu meningkatkan simpanan dan tabungan sempena menyambut Syawal yang bakal tiba tak lama lagi.

Penjimatan yang dimaksudkan ialah dari segi membeli juadah berbuka di PaRam (Pasar Ramadhan)... Tahun ni Barizanif dan orang rumah dah berpakat untuk memasak juadah berbuka. InsyaAllah sangat menjimatkan, lebih terjamin kebersihan makanan dan sedap (ini ikut selera mulut kami lah :P)

Dalam bulan ini juga, Barizanif juga menggalakkan anak-anak menabung. Oleh itu, kami telah menyediakan bekas plastik yang dijadikan tabung bagi setiap anak. Tabung itu akan terus diisi hinggalah bulan Syawal. Sesudah bulan Syawal, insyaAllah wang di dalam tabung-tabung tersebut akan di simpan di dalam akaun Tabung Haji masing-masing.

Demikianlah perancangan kewangan Barizanif dan keluarga dalam bulan Ramadhan dan Syawal tahun ini. Semoga usaha kecil ini dipermudahkan Allah... Amiiin...












Stumble This Fav This With Technorati Add To Del.icio.us Digg This Add To Reddit Add To Facebook




Share your views...

0 Respones to "Perancangan Kewangan Bulan Ramadhan dan Syawal Al Mubarak 1436H"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© 2015 | 2016 Keusahawanan, Fotografi, Personal All Rights Reserved