4 Langkah Bermodal Rendah Menjana Pendapatan Dengan Clickbank: Langkah 1










Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ni saya ingin berkongsi tentang bagaimana untuk mempromosi dan seterusnya menjana pendapatan dengan Clickbank Dot Com secara konsisten dan tanpa modal yang tinggi.

Terdapat banyak cara untuk berjaya sebagai seorang affiliate, tetapi artikel ini akan mendedahkan cara yang paling berkesan dan kekal lama tanpa perlu kita keluarkan kos yang tinggi. Ramai affiliate yang cuba skip langkah 2 dan 3 di mana kebanyakan daripada mereka akan pilih produk dan terus mempromosikannya. Cara tersebut akan menyukarkan seseorang affiliate itu untuk menjana pendapatan dengan apa-apa produk yang beliau promosikan.

Mari saya kongsikan 4 langkah tersebut untuk anda aplikasikan...

Langkah Pertama: 1. Pilih Niche Anda

Sebelum anda mula pilih niche, ada 3 soalan yang anda perlu tanya diri sendiri...


1. Apakah perkara yang anda minat?
2. Ada tak orang yang nak belanjakan duit dalam perkara yang anda minat tu?
3. Ada tak produk untuk dipromosikan berkaitan minat anda tu didalam Marketplace Clickbank (atau mana-mana platform)?

Baiklah, kita akan huraikan soalan-soalan tersebut....


1. Apakah perkara yang anda minat?

Minat anda adalah asas yang paling utama dalam menentukan produk yang bakal anda promosikan. Tanpa minat kemungkinan apa yang anda akan lakukan dalam proses seterusnya menyebabkan anda bosan dan melakukannya separuh jalan.

Saya berikan sebahagian contoh minat yang menghasilkan banyak jualan dalam Clickbank bagi affiliater di luar sana...

1. Hobi


  • Memancing
  • Berkebun
  • Bermain Catur


2. Penyelesaian Masalah


  • Berat badan
  • Tekanan perasaan
  • Membaiki rumah


3. Pencapaian


  • Kecergasan fizikal
  • Pendidikan
  • Kerjaya


4. Gaya hidup


  • Hidup sihat
  • Makanan organik
  • Sekolah dalam rumah

Berdasarkan minat dan niche yang anda pilih, pastikan anda kekal konsisten dalam membuat perkongsian sama ada di dalam blog anda atau dalam komuniti berkaitan niche anda itu.

Ia bagi memastikan bakal pembeli produk yang anda promosikan menganggap anda sebagai pakar dalam bidang tersebut.


2. Ada tak orang yang nak belanjakan duit dalam perkara yang anda minat tu?

Untuk soalan kedua ini anda perlu lakukan sedikit kajian bagi memastikan ada atau tidak orang yang berminat untuk melaburkan duit dalam bidang atau niche yang anda minat tu.


Anda boleh lakukan kajian dengan menggunakan Google Keyword Planner bagi mengetahui berapakah carian mengenai niche anda dalam sehari atau sebulan.

Selain itu anda juga boleh kaji dalam forum-forum online berkaitan niche itu sama ada mendapat sambutan yang banyak.

Jika anda dapati ramai yang berminat dalam niche yang anda pilih tu maka anda ada harapan untuk berjaya dalam promosi produk tersebut.


3. Ada tak produk untuk dipromosikan berkaitan minat anda tu didalam Marketplace Clickbank (atau mana-mana platform)?


Dalam Marketplace Clickbank, beribu produk tersedia untuk dipromosi. Jika anda dah ada platform untuk mempromosikan produk-produk tersebut contohnya blog, website, facebook pages, ahli group forum berkaitan niche anda dan sebagainya, maka anda boleh pilih produk (ebook atau produk fizikal) yang berkaitan dengan minat anda tadi untuk dipromosi dan seterusnya menjana pendapatan yang berterusan, insyaAllah...

Tapi awas... sebelum anda mulakan promosi, masih ada 3 langkah penting yang mesti anda lakukan sebelum produk itu akan menghasilkan pendapatan secara konsisten dan berterusan...


* Setakat ini dahulu perkongsian saya untuk Langkah 1, insyaAllah bagi Langkah 2 saya akan kongsikan pada post yang seterusnya...












Stumble This Fav This With Technorati Add To Del.icio.us Digg This Add To Reddit Add To Facebook




Share your views...

0 Respones to "4 Langkah Bermodal Rendah Menjana Pendapatan Dengan Clickbank: Langkah 1 "

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© 2015 | 2016 Keusahawanan, Fotografi, Personal All Rights Reserved