10 Cara Efektif dan Mudah Agar Kekal Sihat dan Langsing








Source: AboutHealthyFoodGuide

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kali ni saya post satu perkongsian bagaimana nak sihat dan langsing. Punca penyakit dalam badan kita 90% berpunca dari makanan dan minuman yang kita ambil. Jadi untuk kali ni saya nak kongsikan dengan anda cara kurangkan nafsu makan dan makanan pilihan untuk kurangkan kolestrol dan lemak.

Pertama: Makan secara kerap tapi dalam kuantiti yang sedikit. Ia akan membantu anda kekal kenyang sepanjang hari dalam masa yang sama tidak menambah kolestrol atau lemak.

Kedua: Banyakkan minum air masak. Air masak tidak mengandungi kolestrol tetapi mengenyangkan.

Ketiga: Amalkan senaman ringan. Contohnya, naik turun tangga atau membasuh kenderaan.

Keempat: Elakkan makanan dan minuman yang mengandungi gula tiruan. Gunakan stevia sebagai pemanis alternatif.

Kelima: Banyakkan makan makanan yang berserat. Contohnya, buah epal. Serat membantu mengawal selera makan anda.

Keenam: Jadikan buah-buahan dan sayura-sayuran sebagai snek ketika berkelah atau menonton wayang. 

Ketujuh: Elakkan makanan yang mengandungi garam yang tinggi. Sodium dalam garam adalah punca "gemuk air" bagi sesetengah orang. Ini kerana badan kita akan menakung air untuk menyeimbangkan sodium dalam badan kita sekaligus menyebabkan berat badan kita bertambah.

Kelapan: Ambil lebih makanan berprotein kerana protein akan mengenyangkan anda tetapi tidak menambahkan lemak. Tapi awas... elakkan protein yang mempunyai lemak contohnya kepak ayam. Lebih baik anda makan bahagian dada ayam.

Kesembilan: Keluar bersiar-siar atau window shopping. Ia membantu anda melupakan nafsu untuk makan.

Kesepuluh: Tidur yang cukup. Apabila badan anda mendapat rehat yang cukup anda akan berasa lebih sihat dan sekaligus mengurangkan berat badan anda.


Demikianlah 10 tips mudah untuk kekal sihat dan langsing. Jangan baca sahaja, jom kita praktis sekarang.













Stumble This Fav This With Technorati Add To Del.icio.us Digg This Add To Reddit Add To Facebook




Share your views...

0 Respones to "10 Cara Efektif dan Mudah Agar Kekal Sihat dan Langsing"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© 2015 | 2016 Keusahawanan, Fotografi, Personal All Rights Reserved