OneXOX: Penjimatan Atau Teknik Promosi Semata-Mata?









Terima kasih kerana anda mengunjungi blog ni. Hari ni alhamdulillah saya masih mampu mencoretkan sedikit perkongsian mengenai OneXOX iaitu salah satu daripada Telco MNVO di Malaysia. Telco MNVO ialah syarikat telekomunikasi yang 'menumpang' pencawang Telco utama di Malaysia contohnya pencawang Celcom, Maxis, Digi dan lain-lain.

OneXOX adalah telco yang menggunakan pencawang Celcom. Jadi di mana adanya pencawang Celcom, maka insyaAllah disitu ada line OneXOX.

Di Malaysia ni, pengguna Prepaid adalah yang paling ramai berbanding pengguna Postpaid. Ianya kerana Prepaid tidak dikenakan kontrak. Rate pun boleh tahan murah walaupun Postpaid adalah lebih murah. Akan tetapi bagi pengguna Postpaid jika bayaran tidak dijelaskan di hujung bulan maka talian akan dipotong.

Ok, berbalik kepada tajuk post ni... Adakah OneXOX benar-benar menawarkan penjimatan seperti yang diwarwarkan atau hanyalah sebagai gimik promosi semata-mata?


Jika anda rasa ia TIDAK MENJIMATKAN sila klik ---> http://bit.ly/1CQH8XW


Setelah saya buat risikan dan kajian maka inilah hasil dapatannya:

1- Tempoh sah 28 bulan

Pengguna yang mengekalkan no lama (MNP) akan diberi lanjutan tempoh sah (access time) selama 28 bulan secara percuma. Jika menggunakan nombor baru, juga akan diberikan tempoh sah selama 28 bulan dengan syarat melalukan topup sebanyak RM50 sekaligus dalam masa 30 hari selepas simkad diaktifkan.

2- Tempoh sah (access time) sentiasa bertambah.

Contoh kes 1, Ahmad menggunakan telco X. Beliau menambah nilai pada 1 Februari 2015 sebanyak RM10. Tempoh sah kad beliau adalah selama 7 hari. Pada hari ketiga, nilai dalam henfon beliau telah habis kerana beliau bercakap dengan aweknya agak lama. Pada petang hari yang sama beliau telah menambah nilai henfon beliau sebanyak RM10. Tempoh sah kadnya secara automatik menjadi 7 hari semula.

Contoh kes 2, Ali menggunakan telco OneXOX. Beliau menambah nilai pada 1 Februari 2015 sebanyak RM10. Tempoh sah kad beliau adalah selama 7 hari. Pada hari ketiga, nilai dalam henfon beliau telah habis kerana beliau bercakap dengan aweknya agak lama. Pada petang hari yang sama beliau telah menambah nilai henfon beliau sebanyak RM10. Tempoh sah kadnya secara automatik menjadi 14 hari (topup pertama 7 hari + topup kali kedua 7 hari = 14 hari). Dan begitulah seterusnya...

3- Sistem dua (2) akaun; DA dan MA.

DA - digunakan untuk Call dan SMS dengan kadar yang murah. Lebih murah jika call dan sms 10 nombor Friends and Family (FnF). 10 nombor FnF boleh didaftarkan dalam sistem OneXOX. Ia termasuk nombor lain-lain telco atau nombor telefon rumah dan pejabat.

MA - digunakan untuk melanggan internet dan transfer tambah nilai (topup). Jika kuota internet habis, sistem tidak akan sedut duit dalam akaun DA yang digunakan untuk call dan sms. Dalam erti kata lain tiada internet Pay Per Use.

4- Kadar Panggilan dan SMS

Seperti yang saya terangkan di atas, OneXOX mempunyai dua akaun iaitu DA dan MA. Jadi panggilan dan SMS akan gunakan akaun DA.

Panggilan- OneXOX guna 30 saat per blok. Kalau akaun murah, untuk sama rangkaian: 30 saat pertama 7 sen, 30 saat kedua 8 sen. Jadi untuk satu minit cuma 15 sen. Untuk lain-lain rangkaian, 30 saat pertama 9 sen, 30 saat kedua 9 sen. Jadi untuk satu minit cuma 18 sen. Agak murah jika kita lihat di sini.

SMS- Jika kita lihat kadar SMS, agak mahal dan lebih kurang sama dengan telco-telco yang lain. Tapi mungkin mereka lebih utamakan penjimatan di bahagian data memandangkan ramai pengguna telco masa kini yang lebih ramai menggunakan Whatsapp, Telegram, Skype, Viber, We Chat dan sebagainya.

5- Data Internet

PAKEJ:                               HARGA:
1. Pelan 250Mb/1hari            RM7
2. Pelan 250Mb/7hari            RM10
3. Pelan 500Mb/30hari          RM18
4. Pelan 1Gb/30hari              RM38
5. Pelan 2Gb/30hari              RM48
6. Pelan 3Gb/30hari              RM68
7. Pelan 5Gb/30hari              RM108

(*Pakej Promo: Pelan 1.5Gb/30hari dengan kadar RM29.90 valid hingga diberitahu)

Jika kita lihat pelan internet yang disediakan oleh OneXOX di atas, pelan yang paling berbaloi ialah pelan 1.5 Gb/30hari sebanyak RM29.90. Ini kerana dengan nilai RM yang sama dengan telco-telco lain, kebanyakannya kita cuma dapat 1Gb/30hari.

6- Voice Mail

Biasanya telco-telco lain akan cas 1 minit untuk setiap voicemail walaupun kita tak pernah tinggalkan pesanan pun. Contohnya telco X, masuk voicemail dalam 2 saat kredit kita akan ditolak 18 sen. Manakala OneXOX jika panggilan 10 saat ke bawah kita cuma akan di cas sebanyak 5 sen sahaja.

Cuba lihat jadual di bawah:


Sumber: Carigold.com

6- SMS Percuma


Bila jadi pengguna OneXOX, setiap bulan akan dapat 150 SMS percuma selama setahun. Jadi 1800 SMS percuma untuk setahun. SMS ni boleh bawa kedepan kalau tak habis guna.Tapi ianya hanya untuk pengguna OneXOX sahaja.


Kesimpulan:

Jadi kita lihat poin-poin di atas untuk kita rumuskan samada penggunaan OneXOX  ni menjimatkan atau tidak. Kalau rasa ia TIDAK MENJIMATKAN cuba lihat di sini -------> http://bit.ly/1CQH8XW



P.S. Untuk mereka yang berada disekitar negeri Perlis, boleh hubungi no 0192460924 untuk mendapatkan simkad Onexox dan topup.













Stumble This Fav This With Technorati Add To Del.icio.us Digg This Add To Reddit Add To Facebook




Share your views...

0 Respones to "OneXOX: Penjimatan Atau Teknik Promosi Semata-Mata?"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© 2015 | 2016 Keusahawanan, Fotografi, Personal All Rights Reserved