Bisnes Dobi Layan Diri









Di zaman yang serba mencabar ini kebanyakan orang akan berhempas pulas mencari rezeki bagi menyara keluarga. Walaupun tanggungjawab tersebut tertanggung dibahu para suami, akan tetapi tidak sedikit para isteri yang turut membanting tulang bagi membantu suami dalam mencari nafkah.

Dek kerana kesibukan mencari rezeki siang dan malam, banyak urusan dirumah yang tergendala. Contohnya, mengemas rumah, membasuh pakaian dan lain-lain. Segala tugas terpaksa dilakukan dihujung minggu sahaja.

Bagi mereka yang 'otak bisnes', situasi ini adalah satu peluang keemasan untuk mengaut keuntungan.

Contohnya, baru-baru ini satu kedai dobi layan diri telah dibuka berhampiran rumah saya. Saya perhatikan ia mendapat sambutan yang menggalakkan diatas beberapa faktor.

1. Pakaian cepat kering dengan menggunakan mode 'dry cleaning'. Selepas selesai membasuh dan mengeringkan pakaian, pengguna boleh terus melipat dan menggunakan pakaian tersebut.

2. Menjimatkan masa. Tak perlu tunggu seharian untuk mengeringkan pakaian dan boleh membasuh dalam kuantiti yang banyak.

3. Kos yang murah. Kita dapat membasuh pakaian untuk seminggu dengan hanya mengeluarkan kurang dari RM15.

Oleh itu, saya simpulkan perniagaan dobi layan diri ini sebagai bisnes 'duit masuk sambil goyang kaki'.

Adios!













Stumble This Fav This With Technorati Add To Del.icio.us Digg This Add To Reddit Add To Facebook




Share your views...

0 Respones to "Bisnes Dobi Layan Diri"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© 2015 | 2016 Keusahawanan, Fotografi, Personal All Rights Reserved