Paksa Rezeki Datang Segera








Sumber imej: AsiaBusinessInfo

Salam dan selamat sejahtera...

Alhamdulillah kembali dapat menulis di blog ni setelah sekian lama.. Agak sibuk dengan kerja yang tak habis-habis. Selesai sarapan pagi ni dengan nasi lemak lauk telur rebus dan sambal bilis dalam suasana yang sejuk, hujan masih turun renyai-renyai kat luar sana.. Arghh nikmatnya... Syukur kepada Allah Yang Maha Berkuasa..


Sumber imej: Silverpark


Baiklah, hanya sedikit coretan pada pagi ni bagi menghangatkan kembali blog yang dah agak 'sejuk' ni. 

Adakah kita pernah rasa sukar dalam hidup kerana kesempitan wang? Ada masa-masa yang terdesak yang kita memerlukan wang tetapi dah korek-korek merata tempat tapi nak dapat seringgit pun takde... Apakah puncanya? Adakah memang kita bernasib malang?

Firman Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud, "Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan (rezeki itu) baginya; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." Al-Ankabut, ayat 26.

Sebenarnya bukanlah rezeki kita itu kita sendiri yang tentukan malahan semuanya ditentukan oleh Allah SWT. Walau sekuat mana kita berusaha tetapi tanpa izin Allah kita tidak akan memperolehi harta kekayaan yang diimpikan. Lebih-lebih lagi jika kita malas berusaha pastinya tiada rezeki yang tiba. Akan tetapi jika kita biasa-biasa saja dengan usaha yang minima, tetapi dikurniakan dengan rezeki dan harta yang banyak, maka kerja siapakah itu? Tak lain tak bukan Allah SWT yang Maha Berkuasa.

Pun begitu ada rahsianya mahu memaksa rezeki jatuh ke riba.

Jika kita ikut apa yang disuruh oleh Rasulullah, kita sebenarnya akan terpaksa berjaya dan terpaksa hidup di dalam keberkatan. Contohnya solat, jika dijaga dengan betul maka hubungan dengan Allah akan menjadi lebih baik. Jika kita mempunyai hubungan yang baik dengan Tuhan kita akan memperolehi keberkatan. Bukan hasil daripada usaha kita membanting tulang sahaja kita mendapat kesenangan tetapi kerana kita buat solat dengan penuh kasih sayang dan khusyuk. Khusyuk dalam solat adalah kunci hubungan baik dengan Tuhan.

Jangan pernah bosan untuk berzikir, beristighfar dan solat Duha. Semua itu adalah kunci kepada pintu rezeki Allah yang luas. InsyaAllah, jika kita ingat kepada Allah, berkali ganda Allah ingat akan kita.

Setakat itu dulu pesanan dari saya yang miskin di sisi Allah... Semoga sama-sama kita amalkan dan beroleh manfaatnya.














Stumble This Fav This With Technorati Add To Del.icio.us Digg This Add To Reddit Add To Facebook




Share your views...

0 Respones to "Paksa Rezeki Datang Segera"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© 2015 | 2016 Keusahawanan, Fotografi, Personal All Rights Reserved