Cara Nak Mulakan Bisnes Webhosting










Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah kita semua baru sahaja merayakan Hari Raya Aidilfitri... Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca blog barizanif. 

Untuk post kali ni saya ingin berkongsi cara-cara untuk memulakan bisnes Web Hosting bagi mereka yang berminat. Perkongsian ini saya dapat dari salah satu post di sebuah forum tempatan oleh forumer "dhiyafaris" (thanks a lot broh)...

Anda boleh manfaatkan post beliau di bawah untuk bermula sebagai pengusaha web hosting di Malaysia...


****************************************************************************


1) Bagaimana nak mula?

kalau nak bermula dengan kecil2an, beli reseller hosting.. kalau modal besar, beli dedicated terus..
pastikan anda ada basic menggunakan cpanel.. dalam reseller hosting nanti ada WHM, untuk create pakej hosting yang nak dijual, dan boleh create new cpanel utk customer. yang ni boleh godek2 je nanti, tak susah pun.. cuma kena study sikit.. tutorial byk di internet.
terpulanglah nak guna reseller hosting dari malaysia atau luar negara.. elok cari company yang dah established , jgn harapkan yang murah je..



2) Berapa kos?

Hostgator : 50GB Diskspace 500GB Bandwidth = $24.95 sebulan
Site5 : 50GB Diskspace 500GB Bandwidth = &23.95 sebulan
InMotion : 60GB Diskspace 600GB Bandwidth = &27.99 sebulan
HawkHost: 15GB Diskspace 300GB Bandwidth = &18.95 sebulan



Untuk reseller hosting luar ni, hati2 tengok harga.. 
kadang2 kita tak perasan, murah untuk bulan pertama je, bulan seterusnya mahal..
kalau ada modal lebih, bayar untuk setahun terus, lebih murah.
kena pandai cari la..



3) Sistem atau software yang perlu ada?
WHMCS - untuk sistem billing pelanggan. (create order,invoice,payment,news,macam2 lagi la)
Domain Reseller Account - untuk kita beli domain dengan harga murah (utk dijual semula pada pelanggan)

banyak company luar akan bagi dua benda ni percuma je.. buat research sikit..


----------

Benda yang perlu diteliti sebelum beli.
- compare harga bulan & tahun.
- size diskspace & bandwidth
- free gift (free WHMCS / free domain / free domain reseller / free ip & ssl) - maklumlah, orang malaysia suka benda free..haha
- cpanel account limit
- managed vs unmanaged (tak penting kalau dah biasa dgn dunia hosting)


********************************************************************


Begitulah perkongsian beliau yang lengkap. Semoga anda dapat memulakan bisnes web hosting berdasarkan kemampuan kewangan anda. Jumpa lagi.... Yosh!












Stumble This Fav This With Technorati Add To Del.icio.us Digg This Add To Reddit Add To Facebook




Share your views...

0 Respones to "Cara Nak Mulakan Bisnes Webhosting"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© 2015 | 2016 Keusahawanan, Fotografi, Personal All Rights Reserved