Cara Beranakkan Bantuan Khas Raya RM500 Untuk Penjawat Awam









Kenyataan akhbar oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 2 Julai 2014:

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 sebagai persiapan Aidilfitri kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.
Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 684,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa, bakti dan perkhidmatan mereka. 
"Pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 15 Julai ini," katanya dalam kenyataan di sini.
Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan ini membabitkan peruntukan kewangan sebanyak RM890 juta, katanya.
Kerajaan berharap bantuan khas kewangan itu dapat meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara bagi persiapan menyambut hari lebaran pada hujung bulan ini, katanya. - Bernama



InsyaAllah menjelang 15 Julai 2014 ni, penjawat awam akan menerima bayaran tersebut. Saya pasti duit tersebut pasti akan dibelanjakan oleh para penerima tersebut. Memang patut dibelanjakan lebih-lebih lagi untuk yang nak sambut Hari Raya nanti.

Bagi mereka yang merasakan tiada keperluan mendesak untuk menggunakan wang tersebut kat sini saya ingin mencadangkan beberapa cara untuk "beranakkan" lagi duit tu.


1. Beli mesin rumput (dalam lingkungan harga RM270 - RM450) dan tawarkan servis potong rumput dihujung minggu. InsyaAllah satu rumah boleh dapat dalam RM50 - RM120 bergantung kepada kesukaran.

2. Berniaga dadih. Gunakan wang RM500 untuk membeli bahan-bahan dan peralatan membuat dadih. 1 cup boleh jual RM1.00 - RM2.00. Sehari kalau boleh jual 20 cup, boleh dapat dalam RM20.00 - RM40.00.

3. Beli mesin aiskrim goyang (dalam lingkungan harga RM500). Boleh jual depan rumah, depan sekolah atau dimana-mana sahaja. 1 batang boleh jual RM1.00.

4. Labur dalam ASB (bagi yang yakin hukumnya adalah harus). Simpan hingga hujung tahun, boleh dapat untung dalam 6% - 8%.

5. Jual nasi lemak. Beli bahan-bahan dan peralatan untuk buat nasi lemak. Boleh jual depan rumah atau jual kat kawan-kawan sepejabat. Sebungkus boleh jual RM2.00.

6. Beli alat menggunting rambut. Jika anda ada skill menggunting rambut, bolehlah tawarkan servis dihujung minggu. 1 kepala paling murah RM10. Masyuuk.

7. Beli pisau sembelihan. Kalau anda ada keberanian, boleh beli alatan untuk menyembelih dan tawarkan perkhidmatan menyembelih dan melapah lembu, kambing atau ayam untuk pelbagai majlis. Boleh dikatakan, setiap minggu mesti ada yang nak buat kenduri aqiqah. Sekali servis boleh caj RM50 - RM80.

8. Labur dalam saham. Boleh daftar akaun CDS di mana-mana bank. Dapatkan panduan untuk memahirkan diri dalam saham. Ada yang beli kereta cash dengan duit saham.

9. Beli simkad. Dengan modal serendah RM100 boleh beli sekeping kad sim yang boleh beranak duit. 1 tahun pakai simkad income bulanan cecah RM100,000.. Nak percaya ke tak? Percayalah..

10. Sedekah. Dengan bersedekah Allah akan memurahkan rezeki kita insyaAllah.
















Stumble This Fav This With Technorati Add To Del.icio.us Digg This Add To Reddit Add To Facebook




Share your views...

0 Respones to "Cara Beranakkan Bantuan Khas Raya RM500 Untuk Penjawat Awam"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© 2015 | 2016 Keusahawanan, Fotografi, Personal All Rights Reserved