Sijil Simpanan Premium BSN Untuk Penerima APC









Alhamdulillah baru-baru ni saya telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2013. Syukur kepada Allah SWT, setelah berusaha dan berdoa maka setelah genap 8 tahun perkhidmatan Allah telah memberikan limpah rahmatNya yang tidak terhingga.

Nilai Sijil Simpanan Premium (SSP) yang diterima adalah bernilai RM1,000. Boleh ditebus bila-bila masa sahaja dengan cara membawa kad pengenalan dan slip tersebut ke Bank Simpanan Nasional. Tapi jika nak cuba sertai cabutan SSP, untuk penerima APC cabutannya adalah 2 kali dalam masa 1 tahun iaitu pada bulan Mei dan Oktober. Simpan je lah, mana tahu ada rezeki dapat RM10,000 (First Prize).




Kepada sahabat-sahabat sekalian, ingatlah segala usaha kita yang ikhlas disertai doa dan tawakkal kepada Allah, insyaAllah ada ganjarannya. Jangan tinggal solat Dhuha kerana ia adalah magnet rezeki.













Stumble This Fav This With Technorati Add To Del.icio.us Digg This Add To Reddit Add To Facebook




Share your views...

7 Respones to "Sijil Simpanan Premium BSN Untuk Penerima APC"

zulkurnain Hasni said...

betul ker boleh tebus bila-bila masa


April 1, 2015 at 12:51 PM
Barizanif said...

Ya, bila-bila pun boleh tebus asalkan selepas tempoh 45 hari dari tarikh pembelian :)

Anonymous said...

Termasuk hari tidak bekerja ke 45 hari tu?


June 9, 2015 at 2:36 PM
Nur Mardiah said...

kalau slip tu hilang, camne ea? boleh ke org lain yg tebus..


September 8, 2015 at 9:45 AM
greenzone9092 said...

kalau slip hilang tiada masalah.bawa ic ke bsn.


May 31, 2016 at 9:21 AM
Norintan Abdullah said...

saya suka beli ssp, duit raya pun saya tukar pd ssp, masa beli ssp tu boleh bubuh nama2 org yg nk kita bagi duit raya...ssp ni salah satu cara untuk mendisiplinkan diri dalam menyimpan....siapa yg belum ada sspbsn boleh la gi beli...online pun takpe, kat atm mesin pun boleh beli...rugi kalu x der sspbsn...kata orang tuah ayam nmpk kat kaki, tuah pemegang sspbn pd cabutan bonanza dorang setiap bulam...boleh jadi jutawan segera tau....


October 7, 2016 at 9:44 AM
Lady Sue said...

Termasuk hari tidak berkerja ke 45 hari tu?


December 13, 2016 at 4:38 AM

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© 2015 | 2016 Keusahawanan, Fotografi, Personal All Rights Reserved