Idea Pantas Buat Bisnes Di Musim Raya









Pada musim perayaan ini, jenis-jenis produk berikut yang mempunyai banyak permintaan dan ramai orang tercari-cari produk tersebut.

1) Makanan Musim Perayaan

Yang ni memang banyak permintaan, ramai orang cari. Kalau takde yang ni memang tak raya lah jawabnya.

Pelbagai Jenis Kuih Raya

Buah Kurma (Permintaan berterusan Ramadhan – Syawal)

Kek (Kek Lapis, Kek Chocolate Moist, Kek Cheese)

Makanan Tradisional (Bahulu, Wajik, Dodol, Lemang, Ketupat, Rendang, Serunding)

Minuman (Dari negara Arab, Air Zam-zam, Minuman berperisa)

Gift (mengandungi sedikit kuih raya, kurma dan sebagainya. Biasanya di beli oleh syarikat untuk diberi sebagai hadiah)


2) Produk Kecantikan

Bila raya, yang nak nampak cantik adalah kaum wanita. Mereka sanggup habiskan wang ringgit untuk nampak cantik di Hari Raya.

Antara contoh:


Produk Slimming

Produk Make Up

Produk Wangian



3) Produk Pakaian

Ini juga antara produk yang mempunyai demand yang tinggi di musim perayaan seperti...

Tudung

Baju Melayu

Baju Kurung

Baju Kanak-kanak



4) Produk Muslim

Produk yang berunsurkan agama Islam juga ada yang boleh mendapat permintaan yang tinggi ketika musim perayaan ini.

Contohnya...

Al Quran

Sejadah

Buku Agama (berkaitan amalan Ramadhan TERUTAMANYA)

Kayu Sugi

Tasbih




SUMBER PRODUK

Dah tentukan produk yang mana satu yang anda nak mula bisnes di bulan Ramadhan ni? Kalau dah, langkah seterusnya adalah di mana anda nak dapatkan sumber bekalan produk tersebut untuk mulakan bisnes anda.

So, saya nak share di mana anda boleh dapatkan produk-produk ini.


1) Wholesale – Borong


Anda boleh dapatkan produk ini dari pemborong. Terpulang kepada anda samada ingin terus ke kilang mereka atau pun lakukannya secara online.

Kelebihan anda dapatkan produk dari pemborang adalah dari segi harganya, ianya sangat murah dan ini akan menyebabkan margin keuntungan anda besar.

Kekurangannya ialah, anda perlu modal (bergantung ada modal kecil, ada modal besar) kerana anda perlu beli dalam kuantiti yang banyak.

Dalam dunia online, anda boleh gunakan website AliBaba.com (produk tertentu sahaja) untuk dapatkan produk secara borong.



2) Dropship


Dalam dunia bisnes offline, lebih mudah kita faham sebagai reseller atau agen yang menjual semula sesuatu produk.

Namun begitu, dalam dunia bisnes online konsep bisnes ini digunakan secara meluas. Yang bestnya adalah kita berurusan terus dengan pihak wholesale yang boleh berikan harga produk pada harga borong (ada juga yang sedikit sahaja mahal dari borong)  dan kita boleh jual walaupun satu produk.


Untuk mendapatkan idea yang lebih banyak sila subscribe dengan kami. Tips dan idea yang lebih berkesan akan terus dihantar ke email anda. Klik di sini ----> eepurl.com/WWSGD
















Stumble This Fav This With Technorati Add To Del.icio.us Digg This Add To Reddit Add To Facebook




Share your views...

0 Respones to "Idea Pantas Buat Bisnes Di Musim Raya"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© 2015 | 2016 Keusahawanan, Fotografi, Personal All Rights Reserved