Tarik Like Cara Selamat dan Enjoy









Anda ada fanpage kat Facebook yang Like nya sangat2 sedikit?

Anda dah berusaha dan bekerja keras untuk menaikkan Like di page anda?

Anda tak ada budget yang banyak untuk tarik like menggunakan FB Ads?


Jika soalan-soalan di atas ada kaitan dengan anda, anda berada di entri yang betul.

Hari ni saya nak berkongsi dengan anda Tips dan Trick menarik like yang unlimited tanpa mengeluarkan modal... Teruskan membaca..


1. Kongsikan post yang berkualiti

Walau apa pun yang anda kongsikan di page anda, pastikan ianya berkualiti. Saya sentiasa percaya kualiti lebih baik dari kuantiti. Jika page anda mempunyai post-post yang berkualiti, secara automatik ramai orang akan like page anda.

2. Kongsikan gambar atau video yang lawak dan aneh.

Pastikan gambar atau video yang anda kongsikan adalah lawak atau menimbulkan emosi atau menyentuh perasaan atau menaikkan motivasi dan lain-lain.Kongsikan gambar atau video yang boleh di Share oleh pengunjung page anda. Jika post anda Viral, maka besar kemungkinan like page anda juga akan meningkat.

3. Promosi page anda kepada rakan-rakan

Suruh kawan anda like page anda dan minta mereka share post anda kepada rakan-rakan mereka.

4. "Like Box" di web atau blog anda

Jika anda ada website atau blog, pastikan anda letak Like Box di bahagian widget web atau blog anda. Ia akan dapat menambah jumlah likers secara dramatik jika trafik web atau blog anda adalah tinggi.

5. Share di group-group Facebook

Share fanpage anda digroup-group yang anda dah sertai.Pastikan anda tidak mengamalkan spam (post iklan anda berulang-ulang kali) sehingga menyebabkan admin group ban anda dari group. Selain daripada itu, jika anda selalu spamming, ahli-ahli group langsung tidak akan like page anda.

6. Komen di page-page yang tinggi jumlah likers

Ini adalah cara yang bijak untuk mendapatkan like yang banyak. Caranya ialah anda komen di page orang lain yang sama niche dengan page anda. Pastikan anda komen dengan menggunakan profile page anda.

7. Fanpage link exchange

Hubungi admin page lain yang sama niche dengan anda untuk exchange link page anda dan minta mereka promosikannya. Anda juga mesti promosikan link page mereka.












Stumble This Fav This With Technorati Add To Del.icio.us Digg This Add To Reddit Add To Facebook




Share your views...

0 Respones to "Tarik Like Cara Selamat dan Enjoy"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© 2015 | 2016 Keusahawanan, Fotografi, Personal All Rights Reserved