Kalau Nak Jualan Tak Putus Pelanggan Kena Jaga










Setiap peniaga yang berurusan dengan pelanggan perlu sedar bahawa Pengekalan Pelanggan atau Customer Retention adalah lebih penting daripada mencari pelanggan baru. Sebenarnya untuk membuat jualan kepada pelanggan sedia ada adalah lebih mudah daripada menjual kepada pelanggan baru. Konsep ini adalah sangat penting untuk dipraktikkan tidak kira sama ada seseorang itu menjual barangan fizikal, produk digital atau agen jualan langsung.

Pelbagai ragam pelanggan yang akan kita tempuhi semasa menjalankan aktiviti jualan. Kadangkala, kita mungkin berasa malas melayan segala karenah pelanggan. Jika terjadi situasi sedemikian, gunakan budi bicara kita untuk menyelesaikan masalah pelanggan. Secara umumnya, kita perlu berusaha memuaskan hati pelanggan. Namun jika apa yang mereka minta tidak dapat kita tunaikan, kita boleh menolak permintaannya dengan sopan. Jangan bertindak kasar dan mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan.

Ingatlah, pelanggan yang berpuas hati akan memberitahu berkenaan kita kepada tiga orang rakannya, tetapi seorang pelanggan yang tidak berpuas hati akan memburukkan nama kita kepada sepuluh orang kenalannya. Oleh itu, berusahalah supaya tidak lahir pelanggan yang tidak berpuas hati daripada kelompok pelanggan kita.















Stumble This Fav This With Technorati Add To Del.icio.us Digg This Add To Reddit Add To Facebook




Share your views...

0 Respones to "Kalau Nak Jualan Tak Putus Pelanggan Kena Jaga"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© 2015 | 2016 Keusahawanan, Fotografi, Personal All Rights Reserved