Cara Nak Selfie Style Pro









Sayugia arakian di masa kini, tersohorlah akan satu style shoot gambar ala Selfie. Dimana selfie ni ialah satu teknik mengambil gambar sendiri menggunakan tangan atau alatan (monopod). Kebanyakan anak-anak muda sekarang ni dah mula biasa dengan teknik ni dengan menggunakan kamera digital atau smartphone.

Kat sini kami kongsikan teknik mengambil gambar menggunakan teknik selfie:

1. Berdiri dengan latar belakang yang menarik.

2. Pegang kamera atau smartphone yang berkamera kewajah anda (boleh pegang gajet anda dengan tangan atau boleh gunakan monopod boleh ubah untuk smartphone anda).

3. Pastikan tangan anda tidak termasuk dalam frame gambar.

4. Senyum dengan senyuman yang paling manis atau boleh juga membuat pelbagai reaksi ala-ala comel gitu.

5. Tekan butang snap.

6. Lihat hasil gambar di skrin kamera atau smartphone anda.

7. Jika tidak berpuas hati boleh ulangi langkah 1 hingga 5.

Begitulah antara teknik yang sering digunakan oleh kebanyakan otai-otai selfie. Anda boleh cuba jaya dengan teknik-teknik yang lebih advance untuk hasil yang lebih vogue dan gempaq. Jangan lupa untuk mencuba. Jumpa lagi :P
















Stumble This Fav This With Technorati Add To Del.icio.us Digg This Add To Reddit Add To Facebook




Share your views...

0 Respones to "Cara Nak Selfie Style Pro"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© 2015 | 2016 Keusahawanan, Fotografi, Personal All Rights Reserved