Alhamdulillah Duit BR1M Dah Masuk Akaun Bank









Tanggal 20 Februari 2014, duit Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) telah pun mula dimasukkan secara berperingkat ke dalam akaun bank bagi kebanyakan rakyat Malaysia yang layak menerimanya. Memang ia sangat menggembirakan bagi mereka kerana sedikit sebanyak bantuan tersebut dapat menampung perbelanjaan harian mereka. Bantuan wang adalah sebanyak RM300 bagi penerima yang masih bujang, manakala bagi penerima yang telah berkeluarga jumlahnya adalah sebanyak RM650.

Semalam, saya dan beberapa orang sahabat ber'TT' di salah sebuah restoran Mamak 24 jam berdekatan penempatan kami. Masing-masing order makanan dan minuman yang paling best kat situ sebab masing-masing dah banyak duit :P

Semasa berbual-bual tu, Abu Zack, salah seorang sahabat saya bercerita mengenai keinginannya untuk mencari pendapatan sampingan. Beliau ada terbaca di satu forum mengenai bisnes cetak baju. Kebetulan pertandingan Bolasepak World Cup 2014 pun dah tak lama. Jadi saya mencadangkan kepada beliau supaya mencari maklumat tentang bisnes cetak baju di laman web Jom Cetak Baju

InsyaAllah kalau betul menjadi bisnes kawan saya ni, memang tak sia-sialah kerajaan bagi duit BR1M ni. Mungkin suatu hari nanti kita cadangkan kepada pihak kerajaan untuk berikan wang modal kepada setiap rakyat Malaysia untuk memulakan bisnes masing-masing... Bak kata pepatah lebih baik berikan pancing kepada orang miskin daripada berikan mereka ikan. 















Stumble This Fav This With Technorati Add To Del.icio.us Digg This Add To Reddit Add To Facebook




Share your views...

0 Respones to "Alhamdulillah Duit BR1M Dah Masuk Akaun Bank"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© 2015 | 2016 Keusahawanan, Fotografi, Personal All Rights Reserved