Tips Menjadi Super Affiliate Melalui 5 Langkah Mudah












Adakah anda mengimpikan untuk menjadi seorang super affiliate? Bagaimana hendak bermula dengan modal yang kecil? Adakah perlu mengikut personal coaching atau seminar yang "high class"? Sebenarnya ia adalah adalah sangat mudah dan murah jika anda tahu caranya.


Terdapat banyak cara untuk menjadikan diri anda seorang super affiliate. Lain orang lain caranya. Namun, tidak salah untuk kita ikut formula mereka yang sudah berjaya. Di bawah adalah lima langkah yang boleh anda ikut untuk menghasilkan jualan yang banyak. Namun, sebelum anda mencuba trik ini, anda perlu ada blog dan senarai emel anda yang tersendiri. Jika anda bijak, anda boleh tweak teknik ini dengan menggunakan konsep yang sama tetapi pada platform yang berlainan seperti FB Fan page dan sebagainya.


1) Pilih produk affiliate untuk di promosikan

Pilih produk berdasarkan niche website dan juga senarai emel anda. Untuk menjana wang melalui affiliate, apa yang anda perlu perhatikan adalah kualiti dan harga produk tersebut. Pilih produk yang berkualiti dan mempunyai harga yang berpatutan. Dengan adanya dua kombinasi ini, produk anda ,akan lebih mudah untuk terjual.


2) Cipta bonus bagi produk affiliate anda

Untuk pengetahuan anda, kadangkala pembeli membeli produk dari link anda adalah di sebabkan bonus-bonus yang anda beri pada pembeli jika mereka membeli dari anda. Oleh, bonus yang anda hendak beri hendak menang dari segi kuantiti dan kualiti. Jangan beri bonus berbentuk syok sendiri. Pemberian bonus adalah untuk pelanggan yang membeli dari link anda jadi anda perlu pandang dari sudut pandangan mereka.

Jika boleh kumpulkan sekurang-kurangnya lima jenis bonus untuk memikat pembeli untuk membeli dari link affiliate anda. Pastikan juga bonus yang anda hendak beri itu sentanding kualitinya dengan produk yang anda hendak jual itu.


3) Tulis post berkenaan dengan bonus anda di blog

Sekarang tulis pra jualan bagi produk affiliate anda beserta dengan tawaran-tawaran bonus dari anda di blog anda sendiri. Review melalui blog adalah satu landing page yang agak bagus. Pra jualan anda boleh di tulis mengikut susunan di bawah


· Pengenalan pada produk affiliate.

· Kelebihan produk tersebut.

· Tawaran bonus dari anda.

· Faedah bonus anda

· Sense of urgency.



4) Hantar update blog anda pada senarai emel anda

Sekarang anda gunakan pula senarai emel yang anda ada. Hantar link bagi blog update anda ke senarai emel anda.



5) Follow up dengan senarai emel anda

Sentiasa follow up sebanyak dua tiga kali sekurang-kurangnya berkenaan dengan bonus-bonus yang anda beri.


P.S. Pelajari dengan lebih detail berkenaan menjadi pakar affiliate dan dapat gaji hari-hari di Pendapatan Affiliate FB.
















Stumble This Fav This With Technorati Add To Del.icio.us Digg This Add To Reddit Add To Facebook




Share your views...

0 Respones to "Tips Menjadi Super Affiliate Melalui 5 Langkah Mudah"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© 2015 | 2016 Keusahawanan, Fotografi, Personal All Rights Reserved