Tips 'Branding' di Facebook











Branding adalah sesuatu yang sangat penting bagi seseorang peniaga. Jika prospek tidak mengetahui tentang produk atau servis yang seseorang peniaga itu tawarkan, maka sudah pasti produk atau servisnya itu tidak akan terjual.


Jadi sebagai peniaga di Facebook, anda perlu brandingkan perniagaan anda. Lakukan sesuatu yang boleh membuatkan seseorang di Facebook untuk berbangga berkata mengenai produk anda. Katakan anda menjual ebook kuruskan badan. Anda brandingkan produk anda dengan Formula 7 Hari. Anda buat group dan reka fan pages dengan menggunakan nama itu dan InsyaAllah, produk anda akan terkenal nanti.


Tujuh tips untuk branding melalui Facebook Fan Page.


1. Fikirkan tema perbualan – Pilih sama ada Fan Page adalah berbentuk serius, jenaka, perbincangan santai, untuk remaja, untuk ibu bapa atau apa sahaja.


2. Gunakan media interaktif – Masukkan video, permainan bergambar, gambar atau apa sahaja yang boleh menghiburkan fan anda. Facebook adalah laman hiburan, jadi, bina branding anda secara santai.


3. Masukkan Function Like – Fan anda boleh tekan butang like jika mereka suka akan sesuatu di dalam Fan Page anda. Ini akan memberi satu aktiviti pada mereka.


4. Beri ganjaran pada Fan – Beri ganjaran pada fan yang sudi menyebarkan Fan Page anda.


5. Update setiap hari – Update data di dalam Fan page anda setiap hari supaya setiap hari juga Fan anda akan melawat page anda.


6. Beri peluang pada Fan anda untuk post sesuatu pada Fan page anda– Cara ini anda perlu ada seseorang untuk mengawasi Fan Page supaya isi di dalam Fan Page anda adalah bersesuaian dengan Fan Page anda.


7. Letakkan Fan Page anda dalam kategori yang betul – Perkara ini akan menjadikan Fan Page lebih targeted pada pengguna Facebook.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Untuk mendapatkan pelbagai strategi, tips dan rahsia pemasaran di Facebook, sila rujuk laman Strategi, Tips dan Rahsia Pemasaran FB





















Stumble This Fav This With Technorati Add To Del.icio.us Digg This Add To Reddit Add To Facebook




Share your views...

0 Respones to "Tips 'Branding' di Facebook"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© 2015 | 2016 Keusahawanan, Fotografi, Personal All Rights Reserved