Bajet 2014: BR1M dan Bonus Penjawat Awam










Alhamdulillah, bajet 2014 telah selamat dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia sebentar tadi. Berikut merupakan ringkasan mengenai BR1M dan bonus bagi penjawat awam serta pesara. Semoga semua pihak bersyukur kepada Allah dengan pengumuman tersebut.

1. Pemberian BR1M kepada isi rumah berpendapatan bulanan tiga ribu ringgit dan ke bawah, akan ditingkatkan nilai bantuannya, daripada 500 ringgitkepada 650 ringgit.
 

2. Seterusnya, bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi dua ribu ringgit sebulan, nilai BR1M akan dinaikkan daripada 250 ringgit kepada 300 ringgit.

3. Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai 50 ringgit diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M.

4. Sebagai tambahan, buat pertama kalinya juga, BR1M akan diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara tiga ribu hingga empat ribu ringgit dengan nilai bantuan sebanyak 450 ringgit.

5. Untuk meringankan lagi beban golongan pesara, Kerajaan akan memberi bayaran khas kewangan sebanyak 250 ringgit.

6. Bonus sebanyak setengah bulan gaji untuk penjawat awam bagi tahun 2013, dengan bayaran minimum 500 ringgit. Bayaran bonus dan bantuan khas kewangan ini akan dibayar pada awal bulan Januari 2014.















Stumble This Fav This With Technorati Add To Del.icio.us Digg This Add To Reddit Add To Facebook




Share your views...

0 Respones to "Bajet 2014: BR1M dan Bonus Penjawat Awam"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© 2015 | 2016 Keusahawanan, Fotografi, Personal All Rights Reserved