Murtabak Daging Juadah Favourite Bulan Puasa








Sebut ja murtabak memang terliur dibuatnya, nak-nak lagi dibulan puasa ni. Terasa kelazatan inti daging yang enak ditambah kulit murtabak yang lembut...umphh sodapnyaaa... Memang di bulan puasa ni, juadah murtabak merupakan pilihan utama saya dalam hidangan berbuka. Boleh dikatakan hampir setiap hari mesti beli kat pasar Ramadhan. Kalau takde murtabak rasa macam tak lengkap masa berbuka...

Kat sini saya kongsikan resepi Murtabak Daging yang saya cedok dari blog KongsiResepi untuk peminat-peminat murtabak tegar macam saya ni hehe...

Bahan2:


Kulit murtabak
4 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar marjerin
air+ garam ( agak-agak dlm 1 1/2 cwn)

Bahan untuk inti murtabak
300g mince meat
2 bawang besar-potong dadu
3 bawang putih-potong dadu
4 sb rempah kari
garam+gula secukup rasa
2 bawang-potong nipis2
6 biji telur-atau secukupnya
4 biji kentang dipotong dadu
1/2 inci halia
air asam jawa
Cara Penyediaan:
Cara2 menyediakan kulit murtabak
1. Cara utk buat kulit murtabak sama macam buat roti canai.
2. Campur semua bahan untuk kulit murtabak dan uli hinga tidak melekat pada tangan, bila curah air yang di campur garam masukkan sedikit demi sedikit.
3. Uli hingga doh hingga lembut dan licin. Biarkan dlm 10 minit dan uli lagi.
4. Bulat-bulatkan spt sebesar bola tenis....dan sapu sedikit marjerin ataupun minyak supaya doh tak melekat antara satu sama lain, perap lah lebih kurang 2, 3 jam, nak lagi sedap biarkan semalaman.(saya perap semalaman)

Cara2 menyediakan inti
1. bawang kecil, bawang putih dan halia dikisar.
2. kentang direbus. lenyekkan ia setelah empuk.
3. Panaskan minyak dalam kuali.... setelah itu masukkan bahan yang telah dikisar. setelah kekuningan masukkan rempah kari daging yang telah dicampurkan dengan sedikit air.
4. tunggu sehingga rempah kari masak dan masukkan air asam jawa.
5. masukkan daging dan kentang yang telah dilenyekkan tadi.
6. masukkan garam secukup rasa. masakkan sehingga inti kering.

Cara2 mencanai
1. Canaikan setiap bebola ini nipis2....cara canai ni saya buat mcm mencanai roti canai....saya gunakan talam dan tarikkan doh tu ke tepi dan jgnlah terlalu nipis...boleh rujuk disini. Kemudian campurkan inti dengan telur supaya inti itu tidak terburai apabila makan nanti.
2. Bubuhkan inti di tengah-tengahnya. kemudian lipat dan goreng dalam kuali panas dgn api yg perlahan sehingga kekuning-kuningan.
3. sedia dihidang bersama kuah bawang merah.
Sumber: http://www.kongsiresepi.com/read/2056/0/













Stumble This Fav This With Technorati Add To Del.icio.us Digg This Add To Reddit Add To Facebook




Share your views...

0 Respones to "Murtabak Daging Juadah Favourite Bulan Puasa"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© 2015 | 2016 Keusahawanan, Fotografi, Personal All Rights Reserved