Mengapakah Laman Web E-commerce Sangat Penting Bagi Peniaga Online








Dalam post ni saya akan berkongsi mengenai betapa pentingnya mempunyai sebuah laman web yang dikenali sebagai e-commerce atau e-dagang. Ramai daripada anda mungkin tertanya-tanya mengapa e-commerce adalah sangat penting. Ini adalah apa yang saya akan sentuh dalam post ini, selamat membaca!

Jadi, dalam kajian saya mengenai topik ini, saya telah menemui beberapa faktor mengapa e-commerce adalah sangat penting bagi yang berniaga secara online:

Kadar pertumbuhan

1.Jualan secara online adalah lebih besar daripada offline. Ini bermakna bidang ini mempunyai potensi pertumbuhan yang sangat besar dan berkembang dengan lebih luas seiring dengan perkembangan peranti mudah alih dan laman web. Dalam dunia perniagaan masa kini, adalah penting bagi peniaga untuk mengikuti trend ini dan bersedia untuk mengambil kesempatan daripadanya untuk kekal berdaya saing dan tidak kehilangan jualan kepada pesaing anda.

2. Telah didapati bahawa laman web telah mempengaruhi 44% pembelian secara offline (seperti yang diunjurkan oleh Forrester Research). Ini adalah peratusan yang BESAR. Selain itu ia menyediakan peluang yang besar untuk syarikat anda jika tidak banyak pesaing anda mengambil kesempatan daripada laman e-commerce ini.

3. Menurut kajian 21% daripada pembeli Amerika Syarikat melayari laman web peruncit untuk mencari idea apabila ingin membeli hadiah. Saya juga berpendapat bahawa jumlah ini adalah lebih tinggi dengan kemunculan media sosial terkini iaitu Pinterest. Pinterest membolehkan pengguna untuk "pin" gambar-gambar yang mereka suka (terutamanya makanan dan idea pakaian), berkesan mewujudkan satu pengalaman yang baru untuk 'window shopping'. Walaupun banyak orang yang mencipta board khusus untuk idea-idea hadiah atau idea pakaian, akan tetapi jika mereka tidak mengambil kesempatan untuk memasarkannya menggunakan laman e-commerce ianya adalah sangat merugikan. Ini kerana laman Pinterest mungkin boleh mengubah polisinya bila-bila masa untuk tidak membenarkan jual beli dilamannya, akan tetapi laman e-commerce kita adalah seratus-peratus di bawah kawalan kita.

Salah satu syarikat terkemuka dalam bidang e-commerce adalah Magento, sumber terbuka e-commerce aplikasi web yang dilancarkan pada 31 Mac, 2008. Selain dari itu, Prestashop juga merupakan platform ecommerce yang baik bagi peniaga-peniaga secara online.

Diharap dengan sedikit perkongsian dari saya ini anda akan bertindak untuk membina laman web e-commerce anda sendiri kerana ianya semakin berkembang secara meluas ke seluruh dunia.












Stumble This Fav This With Technorati Add To Del.icio.us Digg This Add To Reddit Add To Facebook




Share your views...

0 Respones to "Mengapakah Laman Web E-commerce Sangat Penting Bagi Peniaga Online"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© 2015 | 2016 Keusahawanan, Fotografi, Personal All Rights Reserved