Sepinggan Pasta RM6110








Pada awal tahun ini sebuah restoran di New York, Amerika Syarikat memperkenalkan menu baharu pasta yang berharga AS2013 (RM6110).

Hidangan yang disediakan oleh restoran Bice itu menyediakan pasta tagliolini bersama-sama 907 gram (g) udang karang Maine dan 57 g truffle hitam.

"Ia akan mencair di dalam mulut anda. Lobster yang disediakan adalah sangat segar rasanya adalah saling melengkapi antara satu sama lain. Sayab jadi terliur membayangkannya." kata chef eksekutif BiCE, Silverio Chavez.

Sebenarnya hidangan itu menjadi lebih istimewa apabila dihidangkan di atas sebuah pinggan putih dengan kemasan berwarna emas di sekelilingnya. Ia merupakan rekaan tokoh fesyen terkenal Gianni Versace.

Menurut Chavez, pelanggan boleh membawa pulang pinggan yang turut dicetak logo restoran mewah itu sebagai kenangan.



Sumber: kosmo.com.my












Stumble This Fav This With Technorati Add To Del.icio.us Digg This Add To Reddit Add To Facebook




Share your views...

0 Respones to "Sepinggan Pasta RM6110"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© 2015 | 2016 Keusahawanan, Fotografi, Personal All Rights Reserved