Lima Sebab Mengapa Anda Tidak Berjaya Menjana Pendapatan Secara Online








Terdapat 5 sebab yang menyebabkan ramai orang tidak berjaya menjana pendapatan secara online.

1. Terlalu Awal Berputus Asa

Terdapat sesetengah orang yang baru bermula menceburi bidang perniagaan secara online,tetapi telah mengundur diri lebih awal hanya semata-mata tiada kemahiran membina laman web atau tidak tahu cara untuk setup autoresponder. Terdapat banyak lagi halangan bagi mereka adalah sangat susah untuk diatasi. Sebenarnya, manusia tidak gagal disebabkan mereka tidak tahu melakukan sesuatu perkara, akan tetapi mereka gagal kerana tidak berusaha mencari jalan untuk mengatasi kelemahan tersebut. 


Saya bukan seorang yang pakar dalam bidang teknikal. Saya juga tidak suka menulis kod-kod  atau melakukan programming. Saya juga tidak tahu mereka grafik atau design. Tetapi semua itu tidak menghalang saya untuk terus bergerak ke hadapan dalam bidang tersebut. 

Jika anda tidak tahu melakukan sesuatu perkara, masih ada mereka yang pakar yang dapat membantu anda melakukannya. Jadi perkara ini tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak berjaya menjana pendapatan secara online. Terdapat banyak tempat yang anda boleh rujuk untuk sesuatu tugasan yang sukar untuk anda selesaikan sendiri.

2. Tersilap Memilih Niche

Sebenarnya tiada istilah niche yang betul atau niche yang salah. Apa yang saya maksudkan ialah sesuatu niche itu mungkin tidak sesuai dengan anda. Terdapat ramai orang yang menceburi bidang IM memilih niche yang besar dan menjanjikan pendapatan yang lumayan tetapi pada hakikatnya mereka langsung tiada pengetahuan tentang niche tersebut. Malah apa yang lebih teruk mereka sendiri tidak berminat dengan niche yang mereka pilih itu. 


Walaupun seringkali kita membicarakan tentang kehidupan yang mewah dan 'goyang kaki masuk duit' dengan menceburi bidang perniagaan internet, tetapi sebenarnya kita mesti berusaha dengan bersungguh-sungguh serta sanggup mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit sebelum benar-benar mendapat kejayaan dan kesenangan.

3. Sentiasa Memikirkan Untuk Cepat Dan Mudah


Sebenarnya kita terpaksa mengambil masa berbulan-bulan untuk mencapai kedudukan kewangan yang stabil dalam perniagaan secara online. Ramai orang yang tidak menyedari akan hal tersebut. Hampir setiap hari saya menerima email dari seseorang yang bertanyakan soalan seperti,"Bagaimanakah saya dapat menjana pendapatan secara online?". 


Jawapan yang bagaimanakah yang mereka harapkan untuk soalan sebegitu? Adakah dengan hanya satu perkataan mereka dapat menjadi seorang usahawan yang hebat? 

Saya rasa jawapannya adalah kerja keras dan bersungguh-sungguh. Saya sendiri dapat menjana income secara online secara purata 4 angka setiap bulan. Tetapi semua itu berlaku hanyalah selepas dua tahun saya bekerja keras membina blog-blog, membina list dan sebagainya. Dalam masa yang sama saya juga telah beberapa kali menemui kegagalan, tetapi saya kembali bangkit dan memperbaiki kesilapan yang telah berlaku. Saya tidak pernah berputus asa kerana setiap kegagalan itu ada pengajaran dan hikmah yang menjadikan saya lebih baik dari sebelumnya. 

Tidak kurang juga yang membeli sesuatu ebook atau panduan yang mengharapkan untuk menjana pendapatan dalam masa 24 jam selepas pembelian. Menjana pendapatan secara online tidak boleh dicapai dengan cara yang terlalu cepat akan tetapi ianya boleh menjadi satu perkara yang menyeronokkan. Saya sentiasa mengatakan bahawa bukan destinasi yang menjadi masalah akan tetapi perjalanan menuju destinasi itu yang perlu diutamakan dahulu.Sedarilah bahawa hanya dengan komitmen dan komited dapat membawa kita kepada kejayaan.

4. Tiada Perancangan

Ramai orang yang menceburi bidang perniagaan ini tanpa pelan tindakan. Mereka mempunyai banyak idea yang hendak dilaksanakan, tetapi tiada sistem yang akan mereka ikuti. Sebahagian daripada mereka melakukan banyak perkara dalam masa yang sama, akhirnya semua pekerjaan mereka terbengkalai begitu sahaja. Dan ada pula sebahagian daripada mereka yang melakukan sesuatu mengikut step akan tetapi terlalu mengharapkan imbuhan yang besar dalam masa yang singkat. Mereka ini juga akan mengalami kerugian masa dan wang ringgit. 


Kita seharusnya merancang tidakan kita dari hari ke hari, minggu ke minggu dan bulan ke bulan. Pastikan juga apakah matlamat jangka pendek dan matlamat jangka panjang. Kemudian tuliskan matlamat-matlamat tersebut serta langkah-langkah untuk mencapai matlamat tersebut. Kunci kepada kejayaan menjana pendapatan secara online adalah mengikuti sistem yang telah terbukti!

5. Terlebih Maklumat (Information Overload)

Dengan terlalu banyak panduan dan teknik yang boleh didapati dari IMers yang tersohor mahupun tidak, agak sukar untuk mengetahui di manakah hendak bermula. Maklumat adalah sangat banyak, sama ada percuma atau berbayar. Sebenarnya segala yang anda perlu tahu mengenai cara menjana wang secara online adalah melalui internet. Bagi kebanyakan orang yang berminat untuk menjana pendapatan dari rumah, mereka akan mendapatkan maklumat dari beribu-ribu laman web dan blog, panduan-panduan dan teknik yang tidak terkira banyaknya, serta mendapatkan pelbagai produk, program dan juga software, akhirnya mereka menjadi bercelaru. 


Dan inilah apa yang berlaku, mereka menderita kerana terlalu banyak maklumat yang dimiliki hingga tidak dapat fokus kepada sesuatu panduan. Di sini saya tidak menyalahkan mereka yang sentiasa mencari maklumat tentang menjana pendapatan secara online, akan tetapi bila mereka tidak fokus dan menjadi pakar dalam sesuatu bidang, mereka akan lambat untuk berjaya dalam perniagaan internet. Saya sendiri tidak menafikan bahawa terdapat panduan-panduan yang hebat yang mampu membimbing kita dalam membina empayar dalam bidang perniagaan internet jika kita betul-betul fokus terhadapnya.

Akhir kata jangan biarkan diri anda terus hanyut dengan angan-angan sahaja, tetapi berusahalah sedaya mungkin untuk mencapai kejayaan yang gemilang...













Stumble This Fav This With Technorati Add To Del.icio.us Digg This Add To Reddit Add To Facebook




Share your views...

0 Respones to "Lima Sebab Mengapa Anda Tidak Berjaya Menjana Pendapatan Secara Online"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© 2015 | 2016 Keusahawanan, Fotografi, Personal All Rights Reserved