Bagaimana Supaya Iklan FB Ads Mendapat Kelulusan Segera









Terdapat beberapa perkara yang harus anda ambil berat jika anda ingin iklan FB anda diluluskan dengan segera.

1. Gambar Iklan

Iklan anda akan mengalami kesukaran untuk diluluskan jika anda menggunakan gambar yang tidak berkaitan dengan dengan isi kandungan iklan anda. Contohnya, anda ingin mengiklankan produk Pemutih Gigi, tetapi anda menggunakan gambar kereta sport. Jadi gunalah gambar-gambar yang mempunyai perkaitan dengan iklan anda. Gambar yang digunakan juga haruslah terang dan jelas. Lebih baik lagi jika warna backgroundnya agak menonjol.

2. Landing Page

Jika anda menggunakan opt-in form pada landing page anda, besar kemungkinan iklan anda tidak akan  diluluskan. Facebook sangat menjaga privacy penggunanya, mereka tidak mahu email pengguna-pengguna mereka di spam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Jadi anda haruslah membuang opt-in form tersebut dari landing page dan menggantikannya dengan link fanpage. Ini kerana di fanpage itu anda boleh letakkan opt-in form bagi mengumpul list email.

3. Nama Domain

Penggunaan domain atau landing page selain dari facebook fanpage akan mengalami sedikit kesukaran untuk diapprove jika tidak mengikut polisi mereka. Jika anda ingin menggunakan domain sebagai landing page anda, sebaik-baiknya domain itu menggunakan nama anda sendiri. Contohnya, nama anda Hanif, jadi anda gunakan domain www.hanif.com sebagai landing page anda. Ini kerana facebook tidak mahu anda menggunakan laman web orang lain sebagai landing page.

Jika domain anda ada perkataan berkaitan dengan scam atau get rich quick scheme, maka besar kemungkinan juga iklan anda tidak akan dilulukan langsung.

4. Masa Menghantar Iklan

Masa yang terbaik untuk anda menghantar iklan anda untuk diluluskan adalah dari hari Isnin hingga hari Khamis. Ini kerana pada hari cuti atau hari minggu, ramai kakitangan facebook akan bercuti. Jadi kemungkinan iklan anda akan lambat untukm diapprove.

5. Kandungan Iklan

Jangan gunakan ayat-ayat yang terlalu 'hype' atau ayat yang menjanjikan sesuatu dengan sekelip mata. Contohnya ayat "Anda akan menjadi jutawan dalam masa seminggu dengan menggunakan teknik ini". Atau ayat sebegini, "Kurus dalam masa 24 jam". Ayat-ayat sebegitu jika difikirkan oleh akal kita adalah tidak logik.

Demikianlah beberapa tips untuk memudahkan FB Ads anda diluluskan dengan segera.

Untuk tips-tips yang lebih advance boleh download kat sini ==> KLIK SINI.












Stumble This Fav This With Technorati Add To Del.icio.us Digg This Add To Reddit Add To Facebook




Share your views...

0 Respones to "Bagaimana Supaya Iklan FB Ads Mendapat Kelulusan Segera"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© 2015 | 2016 Keusahawanan, Fotografi, Personal All Rights Reserved