Cara Untuk Bungkus Barang atau Produk Untuk Di Pos Ke Luar Negara











Adakah anda seorang peniaga online sepenuh masa atau part time? Atau baru berjinak-jinak untuk memulakan bisnes online di Ebay, Bonanza, Storenvy dan sebagainya? Kali ni saya nak kongsi cara-cara untuk bungkus produk fizikal anda untuk di pos di dalam negara atau ke luar negara terutamanya.



  • Kalau produk anda dah ada kotak keras, bungkus dgn bubble wrap + kertas minyak.
  • Kalau item tu dari bahan plastic keras, guna bubble wrap + corrugated paper box (kotak coklat) + kertas minyak. Anda boleh beli kotak yang siap mcm kat theboxcompany.com atau boleh beli kat kedai-kedai runcit berdekatan :)
  • Kalau anda tiada kotak jugak, boleh juga pakai polisterin (polyfoam) yg tebal 1 inci + kertas minyak. Lekatkan polisterin tu kat keliling produk anda, lekatkan dengan celloytape yang saiz besar.
  • Selain tu, anda juga perlu memikirkan tentang kos pos. Kalo ada bajet lebih, anda boleh beli penimbang utk org buat kuih tu. Murah je. Anda timbang produk anda dan dapatkan anggaran berat produk tersebut dan seterusnya anda lawati laman web Pos Malaysia dan dapatkan anggaran kos pos untuk produk tersebut ke negara yang berkenaan. Sebenarnya, kotak corrugated paper yang kosong pun ada yang beratnya sudah lebih 100g, kalau hantar ke US, 100g kos dia dh RM7.++. Jadi kalau anda nak jimat anda boleh pakai polyfoam aje.
  • Bagi item @ produk yang nipis, anda boleh gunakan bubble wrap + envelop yang bersaiz besar sebab ia akan memudahkan anda untuk nak tampal address, sticker registered dan stamp.
  • Dan yang terakhir, kat belakang packaging mesti ada "From" nama + address anda.













Stumble This Fav This With Technorati Add To Del.icio.us Digg This Add To Reddit Add To Facebook




Share your views...

0 Respones to "Cara Untuk Bungkus Barang atau Produk Untuk Di Pos Ke Luar Negara"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© 2015 | 2016 Keusahawanan, Fotografi, Personal All Rights Reserved