Bagaimana Nak Buat Duit Dengan Blog











Petang tadi saya ada 'forumwalking', masa singgah kat WC, terbaca pulak satu thread tulisan bro 'highlander' tentang bagaimana nak buat duit dengan blog. Memang bagus tips yang beliau kongsikan tu. Cer baca kat bawah ni. Apa pendapat anda?

"Ada beberapa tips yang saya nak kongsikan di sini :


1. Aku Boleh !!!

Belum mula, dah tanamkan dalam pemikiran kira, kata susahla....payahla.... kemudian malaslah....Kalau begitulah Mindset anda, harapan untuk anda  GAGAL makin cerah. Takkan anda nak jadi begitu bukan? Ubah!!! Ubah!!! Belum cuba macam mana tahu anda akan gagal..... Kita sebenarnya yang berjaya lahir di dunia ada KEKUATAN.  Kalau tidak, masakan kita mampu "menang" daripada beratus-ratus juta benih dalam perut ibu kita bukan? All is well



2. Jadi diri sendiri

Semasa anda menulis artikel, jadilah diri anda sendiri. Anda ada tengok mentor  hari Ahad lepas, apakata Faizal Tahir? Kalau nak berjaya jadi penghibur mesti jadi diri sendiri. Itu sebabnya Yuna, Bunkface, Hujan boleh naik cepat dan kekal lama dalam industri. (Argh.....si Khairul dah cerita psl artis pulak dah) Haha...itu contoh sahaja. Tetapi, tiada beza pun dengan lapangan blogging.  Sama juga pendekatannya. Cuba hasilkan cara penulisan anda sendiri. Insyallah blog anda akan bertahan lama...

Nak dapatkan idea semasa menulis, mestilah berusaha. Berusaha daripada segi apa? Rajin membaca di forum, blog, majalah, akhbar dll sekurang-kurangnya membantu anda mencari inspirasi untuk mula menulis.

Berkomunikasi dengan rakan-rakan juga boleh membantu anda mencerna idea semasa nak mula menulis artikel mengikut gaya bahasa dan cara anda sendiri.  "Usaha Tangga Kejayaan".

3. Bertindak, fokus, Konsisten & Tak Mudah Putus Asa

Jangan mudah melatah kalau kalah atau gagal sekali. Gagal sekali  bukan bermakna anda gagal selama-lamanya. Orang yang pernah gagal dan cepat bangkit selepas itu, lebih berjaya sebenarnya. Kemudian, ada yang bertanya, bagus ker saya buat 1 blog atau kena buat banyak-banyak blog? Yelakan....kalau buat banyak blog, huishh pak cik kayooo, banyak boleh dapat. Nasihat saya yang newbie ini, jangan tamak.  Orang tamak selalu rugi

Bangunkan satu blog dahulu sehingga "stabil" dan berjaya,  kemudian barulah menambah koleksi blog lain selepas itu. Itupun bergantung kepada kemampuan anda  Ini tidak, belum buat apa-apa lagi, dah nak buat banyak-banyak blog sekaligus

- Fokus terhadap blog anda bangunkan
- Konsisten terhadap blog anda
- Jangan mudah cepat putus asa
- Be a smart Blogger. Siapa kata buat 1 blog tak boleh berjaya? Berbanding buat banyak-banyak blog, yang mana akhirnya nanti tak mampu nak uruskannya....

4. Niche Blog

Apabila blog kita fokus-fokus kepada sesuatu niche,  mudah untuk kita mendapatkan follower

Okey.....saya bagi satu contoh soalan kepada anda Sebutkan satu blog niche automotif di Malaysia? Teeet......lambat, saya dah tahu apa yang anda nak cakap. Sebab apa agaknya?

Sebab.....di Malaysia masih tak banyak lagi niche blog.  Pusing-pusing blog yang itu sahaja yang jadi rujukan. Sayang sekali bukan? Innity dah senaraikan beberapa niche blog yang boleh anda bangunkan, tidak kira blog anda berbahasa Melayu ataupun Inggeris. Antara nichenya :

- Automotive
- Real Estate
- Business
- Social & Community
- Women
- Sports & Recreation
- Education & Career
- Technology
- Youth
- Travel
- Food & Dining
- Entertainment
- News
- Games

Ha......mana satu menjadi pilihan anda?  Yang banyak di Malaysia apa? Personal blog...Jangan katakan Malaysia sahaja, mat salleh kat luar sana pun kaki kepoh juga. Itu faktanya & realitinya Kat mana-mana pun begitu........ Tetapi bezanya di sini niche-niche blog di luar negara sana turut "tumbuh bak cendawan selepas hujan". Masing-masing dah ada pengikut tersendiri

Lagi satu yang bagusnya, apabila semakin banyak blog2 niche yang fokus kepada trafik Malaysia insyaallah, advertiser2 akan semakin menaruh keyakinan inilah satu "lubuk emas" untuk advertiser  mencari prospek & pelanggan Jadi, industri pengiklanan melalui media digital di Malaysia akan terus melonjak naik. Nanti yang untung siapa? (Saya tinggalkan persoalan ini untuk anda jawab). Realiti sekarang ini, bajet pengiklanan syarikat-syarikat multinasional ini sangat-sangat besar setiap tahun tetapi masalahnya sekarang ini tak banyak blog-blog yang berpotensi di Malaysia untuk advertiser laburkan.  Ayuh...semua, kita meriahkan industri pengiklanan online di Malaysia.........

5. Tulis apa yang orang nak baca, bukan anda suka

Perlu tahu apa sebabnya "mereka-mereka" ini berkumpul di Internet? Mereka pergi ke Internet adalah nak cari kawan dan mencari informasi.  Berkenaan informasi, apabila anda bangunkan niche blog,  anda hendaklah menulis artikel yang orang cari kadang2 artikel yang dah 3 tahun lepas, orang akan datang dan baca jikalau kandungan artikel anda itu bagus & masih lagi releven.

6. Penyakit Nak Cepat Kaya

Blog "masih peringkat bayi" lagi dah runsing dan pening dek kerana tak dapat banyak pendapatan. Pandangan saya, adalah lebih elok anda  tumpukan dulu pada usaha memantapkan blog dari segi trafik  dan kualiti artikel anda sendiri  apabila blog anda dah stabil, duit akan datang kemudian dengan sendirinya. "




Source: http://www.wangcyber.com/forum/tips-and-panduan/38274-bukti-buat-duit-dengan-blog-innity-memang-bayar-rm5-756-69-pun.html#.UCpky1bibZs














Stumble This Fav This With Technorati Add To Del.icio.us Digg This Add To Reddit Add To Facebook




Share your views...

1 Respones to "Bagaimana Nak Buat Duit Dengan Blog"

Anonymous said...

hebat :)


August 28, 2012 at 9:30 PM

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© 2015 | 2016 Keusahawanan, Fotografi, Personal All Rights Reserved