Menjual Permainan di Ebay Sangat Menguntungkan










Untuk membuat keuntungan yang besar di eBay anda haruslah menjual secara pukal atau dropship.  

Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah membuat keputusan mengenai pasaran niche anda. Salah satu niche yang mendapat permintaan yang sangat tinggi di eBay ialah barang permainan. Alat permainan mempunyai sangat banyak kategori termasuk action figure seperti Batman, Transformer dan lain-lain lagi. Selain itu ialah plush toys, kenderaan dan sebagainya. Walau apa pun kategori permainan yang anda pilih, anda mestilah mempunyai pembekal. Ya, pembekal merupakan faktor yang sangat penting kerana jika tersilap memilih pembekal maka anda mungkin anda ditipu sama ada dari segi kualiti barangan atau harga.
 
Perkara kedua adalah untuk dari segi modal anda. Ya, di eBay anda akan dikenakan yuran penyenaraian, yuran kemasukan dan sedikit peratusan jualan akhir (Final Value Fee) yang akan dicaj oleh eBay. Selain daripada itu, anda juga akan dikenakan fee jika menggunakan Paypal sebagai medium menerima bayaran daripada pembeli.Ketiga, anda perlu memikirkan kos penghantaran anda; ini juga adalah penting. Kos kotak dan setem perlu diambil kira. Sama ada anda akan menghantar produk tersebut dalam negara atau luar negara anda. 


Sekarang kita kembali kepada niche yang 'hot' di eBay iaitu PERMAINAN. Berikut pula adalah sebab-sebab mengapa niche permainan ini SANGAT menguntungkan untuk anda jualnya di eBay.com:
   


1. Menurut www.Hoovers.com (sebuah syarikat yang memberi analisis tentang syarikat-syarikat perniagaan yang menyumbang kepada perkembangan ekonomi), kilang-kilang pengeluaran mainan di US telah menjana pendapatan tahunan 20 USD billion! Inilah potensi nilai pendapatan yang boleh anda jana walaupun sedikit darinya.

2. Permintaan yang sangat tinggi untuk koleksi mainan dari kumpulan-kumpulan peminat dan pengumpul koleksi mainan dari US, Eropah, Amerika Latin dan Australia.

3. Jika anda membuat kajian di Terapeak.com iaitu sebuah laman web yang menyediakan maklumat Market Research dan Listing Data untuk pengguna eBay, anda akan dapati dalam kategori Toys & Hobbies, menduduki tempat teratas dengan kadar peratusan kejayaan jualan (Sell Through Rate) lebih dari 55% dan kadang sehingga lebih 60%.


4. Mengikut statistik software pengkaji produk hot.. Hot Item Finder, carian keyword toys adalah antara carian tertinggi oleh penjual di laman web ecommerce spt Ebay dan lain-lain pada setiap bulan.

Fuh, memang lumayan juga kalau jual mainan ni kat eBay. Nasihat saya, pelajarilah ilmu untuk berniaga. Jangan sia-siakan masa lapang anda. Adios...






 

















Stumble This Fav This With Technorati Add To Del.icio.us Digg This Add To Reddit Add To Facebook




Share your views...

0 Respones to "Menjual Permainan di Ebay Sangat Menguntungkan"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© 2015 | 2016 Keusahawanan, Fotografi, Personal All Rights Reserved