Panduan Memulakan Perniagaan









9 daripada 10 punca rezeki adalah dari perniagaan. Dengan berniaga kita dapat mencapai kebebasan kewangan yang sering diimpi-impikan oleh setiap individu. Tapi tahukah anda bagaimana untuk memulakan perniagaan? Di sini saya kongsikan asas bagi sesiapa yang ingin memulakan perniagaannya sendiri.





Pertama sekali, anda harus menyenaraikan bentuk perniagaan yang anda ingin mulakan.Contohnya, anda senaraikan 5 bidang perniagaan yang mempunyai potensi yang tinggi. Daripada 5 jenis/bidang perniagaan yang telah anda senaraikan, pilihlah satu perniagaan yang anda minati dan mempunyai kemahiran tentangnya. Ini akan memberikan anda semangat dan keyakinan untuk menjadikan perniagaan tersebut sumber pendapatan anda yang utama

Perkara seterusnya yang perlu anda lakukan adalah mendaftar perniagaan anda dengan Suruhanjaya Perniagaan Malaysia (SSM). Semua bentuk perniagaan termasuk perniagaan secara online adalah perlu didaftarkan dengan SSM. Pemilikan perniagaan pula terbahagi kepada milikan tunggal, perkongsian dan koperasi.

Jika anda ingin memulakan perniagaan secara kecil-kecilan tanpa menggunakan modal yang besar, anda bolehlah mendaftarkan perniagaan anda secara Enterprise (milikan tunggal atau perkongsian). Tidak banyak dokumen yang diperlukan jika anda ingin memohon perniagaan secara Enterprise (kosnya pun lebih kecil).

Jika ingin lebih sistematik, anda daftarlah secara Sendirian Berhad (Sdn Bhd), dimana pemegang sahamnya terdiri daripada sekurang-kurangnya 2 hingga 50 orang. Anda juga perlu melantik sekurang-kurangnya seorang setiausaha dan seorang juruaudit syarikat bebas. Mesyuarat Agung Tahunan juga wajib diadakan setahun sekali.Satu salinan laporan tahunan beserta laporan audit juga perlu dihantar kepada SSM.


Digalakkan anda menubuhkan syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd) berbanding Enterprise jika anda menjalankan transaksi perniagaan besar yang melibatkan bank, pembekal dan pelabur. Ini bagi mengelakkan risiko kebangkrapan atau muflis.


Bagi menetapkan nama bagi syarikat, anda perlu menyediakan 3 pilihan nama. Jika pilihan nama pertama anda ditolak, sekurang-kurangnya anda masih mempunyai dua pilihan lagi. Anda digalakkan menggunakan dua perkataan bagi nama syarikat anda contohnya, 'Barizanif Enterprise'.




Demikianlah secara ringkasnya prosedur untuk memulakan perniagaan. Diharap dengan sedikit penerangan yan saya kongsikan ini dapat memberikan manfaat kepada anda.



Download Panduan Memulakan Perniagaan Yang Lengkap secara percuma di bawah: 
*Sila klik button like untuk memulakan muat turun



Powered by Like to Download













Stumble This Fav This With Technorati Add To Del.icio.us Digg This Add To Reddit Add To Facebook




Share your views...

0 Respones to "Panduan Memulakan Perniagaan"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© 2015 | 2016 Keusahawanan, Fotografi, Personal All Rights Reserved