Cikgu Ni Kongsikan Tips Nak Dapat 191 Jualan Dalam Masa 2 Minggu





Salam semua sahabat2...
Apa khabar? Harapan saya semoga anda dalam kesihatan yang baik adanya..

Berbalik kepada tajuk post kali ni, bukanlah tujuan saya hanya semata2 nak buat komisen dari jualan produk di atas..

Ada pun sebenarnya saya hanyalah ingin berkongsi dengan sahabat2 sekalian cara yang akan dikongsikan oleh Cikgu Hafis untuk mencari side income bagi berbagai tujuan masing2.. melalui kelas Online Business Startup.

Saya sendiri in shaa Allah akan turut ke kelas tersebut jika tiada aral.. saya sungguh tertarik dengan beberapa perkara yang akan dikongsikan dalam kelas tersebut antaranya...

1. Teknik scan produk hot.

2. Validate demands.

3. Stok produk tanpa modal sendiri.

4. Lubuk supply produk hot.

5. Teknik promosi kos rendah tapi banyak sales.

6. Teknik promosi FB Ads bagi beginner.

DAN

7. Scale up business.


Kesemua yang diatas tu kalau nak masuk seminar atau coaching pasti akan menelan belanja hingga beratus-ratus atau ribuan ringgit. Tapi di kelas Cikgu Hafis tu beliau cuma caj RM100 sahaja..

Jom lah kita jumpa kat sana. Link untuk pendaftaran kat sini: https://dotcommastermind.onpay.my/order/form/seminarobs/barizanif














Stumble This Fav This With Technorati Add To Del.icio.us Digg This Add To Reddit Add To Facebook


Read More Add your Comment 0 comments


Info Didik: Teknik Penyoalan dalam KBAT



KBAT atau Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.

KBAT boleh diaplikasikan di dalam bilik darjah melalui aktiviti berbentuk penaakulan, penyelesaian masalah, pembelajaran inkuiri dan projek serta lain-lain. Melalui perancangan aktiviti sebegini, bimbingan daripada guru mampu menggalakkan murid meningkatkan amalan berfikir menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran serta penyoalan aras tinggi di dalam dan di luar bilik darjah. Murid akan lebih bertanggungjawab atas pembelajaran mereka sendiri.

Berikut adalah jadual mengenai teknik penyoalan KBAT dalam kelas:















Stumble This Fav This With Technorati Add To Del.icio.us Digg This Add To Reddit Add To Facebook


Read More Add your Comment 0 comments


Kenaikan Gaji Tahunan 2 Kali Bagi Penjawat Awam Tahun 2016



Photo credit to www.mstar.com.my


Alhamdulillah, bagi kesemua penjawat awam, tahun 2016 merupakan tahun yang memberikan sedikit sinar harapan bagi mereka dengan KGT (kenaikan gaji tahunan) yang akan diperolehi sebanyak 2 kali.

Dengan kesukaran anak-anak mereka mendapat pinjaman penuh PTPTN, BR1M juga tidak layak, dibebankan pula dengan kenaikan tol, permohonan rumah PR1MA sukar sekali, cukai pendapatan masih lagi tinggi, poket mereka bocor setiap hari dengan bayaran cukai GST 6 peratus, jadi KGT ini merupakan satu bonus besar buat mereka dalam meneruskan kelangsungan hidup.

Sebelum ini, KGT adalah terbahagi kepada 4 kategori:

Kenaikan Gaji Tahunan KGT Januari : bagi lantikan 1 Januari hingga 31 Mac
Kenaikan Gaji tahunan KGT April : bagi lantikan 1 April hingga 30 Jun
Kenaikan Gaji tahunan KGT Julai : bagi lantikan 1 Julai hingga 30 September
Kenaikan Gaji tahunan KGT Oktober : bagi lantikan 1 Oktober hingga 30 Disember

Jadi, setelah masuk tahun 2016, maka penjawat awam akan menikmati 2 KGT seperti berikut:

KGT Januari akan dapat juga sekali lagi pada Julai 2016
KGT April akan dapat juga sekali lagi pada Julai 2016
KGT Julai akan dapat 2 kali sekaligus pada Julai 2016
KGT Oktober 2016 akan dapat sebelum itu pada Julai 2016

Dengan kenaikan tersebut, sama-samalah kita berdoa dan berharap agar harga minyak dan barang tidak akan naik secara keterlaluan. Jika tidak, maka tidak bermaknalah KGT yang berjumlah 2 kali tersebut. Apa pun, bersyukurlah dengan apa yang telah Allah SWT kurniakan. Walaupun banyak atau sedikit.... bersyukurlah...












Stumble This Fav This With Technorati Add To Del.icio.us Digg This Add To Reddit Add To Facebook


Read More Add your Comment 0 comments


Buat Duit Dengan Sublet





Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah kerana saya masih dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah SWT sehingga hari ini dan dapat berkongsi dengan anda post-post yang saya kira bermanfaat untuk kita semua.

Saya rasa anda pasti tertanya-tanya berkenaan tajuk post ni iaitu Buat Duit Dengan SUBLET

Tahukah anda apakah itu Sublet?

Sublet adalah bermaksud tuan rumah (owner) menyewakan rumah mereka dengan kadar sewa yang di persetujui kepada pihak pengurusan hartanah yang berpengalaman dari segi teknikal dan perundangan. Dalam masa yang sama, pihak pengurusan hartanah atau dikenali sebagai subletter itu akan menyewakan kembali rumah kepada penyewa. Lazimnya, kadar sewaan antara tuan rumah dengan pihak pengurusan dan antara pihak pengurusan dengan penyewa adalah mengikut pasaran terkini kawasan tersebut.

Demikianlah maksud Sublet. Jadi untuk anda lebih memahami perjalanan bisnes Sublet, disini saya beri contoh kawan saya Ahmad (bukan nama sebenar) yang merupakan seorang Subletter. Beliau telah membuat sedikit research berkaitan permintaan rumah sewa berdekatan rumahnya. Dan beliau mendapati kawasan tersebut mempunyai permintaan rumah sewa yang sangat tinggi kerana tidak jauh dari situ merupakan kawasan perindustrian. Banyak kilang-kilang di kawasan tersebut.

Seterusnya, Ahmad mencari rumah-rumah yang masih belum didiami dan menghubungi tuan punya rumah tersebut.

Akhirnya, beliau mendapat sebuah rumah yang agak strategik kerana ia berdekatan dengan stesyen LRT dan pasar mini.

Setelah persetujuan dicapai antara Ahmad dan tuan rumah, maka mereka menandatangani perjanjian (MoU). Tuan rumah (owner) bersetuju menyewakan rumah tersebut dengan kadar RM500 sebulan.

Jadi selepas itu, Ahmad mula mengecat, mengubah suai hiasan dalaman rumah tersebut dan memasukkan beberapa peralatan terpakai seperti TV, peti sejuk, penghawa dingin, mesin basuh dan beliau juga telah melanggan Astro Njoi untuk rumah sewa tersebut. Modal kesemua peralatan terpakai tersebut adalah sangat rendah berbanding membeli peralatan yang baru kerana beliau telah mengetahui 'lubuk-lubuk' barangan terpakai yang masih berkualiti.

Akhirnya rumah tersebut telah berjaya disewakan dengan kadar RM1100 sebulan. Dari rumah tersebut, Ahmad mendapat keuntungan sebanyak RM600 setiap bulan setelah ditolak bayaran sewa kepada owner rumah.

Demikianlah serba sedikit tentang perjalanan bisnes Sublet. Walaupun kita tiada kemampuan untuk beli rumah sendiri, namun kita masih mampu menjana pendapatan dengan rumah orang lain.

Inilah peluang kita untuk meneroka cabang pendapatan pasif atau pendapatan kedua. Kebetulan sahabat saya juga telah pun menulis panduan Rahsia Sublet Premium, jadi anda bolehlah dapatkan panduan tersebut di sini Ebook Rahsia Sublet Premium.

Beliau juga menawarkan bonus yang sangat menarik. Saya galakkan anda untuk memiliki ebook tersebut sebelum semua bonus ditarik balik dan harganya dinaikkan.

Dapatkan Ebook Rahsia Sublet Premium hari ini juga.














Stumble This Fav This With Technorati Add To Del.icio.us Digg This Add To Reddit Add To Facebook


Read More Add your Comment 0 comments


Pengalaman Mereka Diperah Telco Kapitalis



Salam semua sahabat-sahabat...

Semoga semua sahabat dan pengunjung blog ni sihat-sihat dan di dalam rahmat Allah hendaknya.

Sudah agak lama tidak di update blog ni... agak sibuk dengan beberapa perkara yang tak dapat dielakkan. Pertama, saya terpaksa menghadiri beberapa taklimat dan mesyuarat berkaitan pekerjaan saya.

Yang kedua, saya menguruskan perniagaan sampingan yang baru saya sertai iaitu perniagaan telco Onexox.

Baru-baru ni, sahabat saya yang merupakan pengguna tegar telco-telco gergasi di Malaysia telah membuat posting di Facebook berkenaan pengalaman beliau dengan telco-telco lamanya...

Apa yang dapat saya simpulkan ialah janganlah kita terus diperkotak-katikkan lagi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab dan hanya mementingkan keuntungan semata-mata.

Ikuti luahan beliau di bawah ni....



Betul seperti kata beliau, dengan jangkaan kenaikan kebanyakan harga barangan dan sebagainya... Bagaimanakah kita akan hadapi semuanya itu.

Jadi, sekurang-kurangnya kita dapat berjimat dalam penggunaan telefon di samping menambah pendapatan sampingan bagi meneruskan lagi kehidupan yang lebih mencabar di tahun hadapan.

Pilihan di tangan anda...


Hubungi 0192460924



















Stumble This Fav This With Technorati Add To Del.icio.us Digg This Add To Reddit Add To Facebook


Read More Add your Comment 0 comments


Aku Sekarang Dealer Simkad Onexox




Alhamdulillah, tajuk post kali ini aku ingin memberitahu kamu-kamu semua yang aku dah dinaikkan 'pangkat' menjadi Dealer Onexox iaitu syarikat penyedia telekomunikasi (bagi yang belum pernah dengar tentang Onexox).

Rupanya bukan senang ye naik jadi Dealer ni, kalau dalam biz lain (terutamanya biz MLM) kita boleh upgrade dengan cara mengeluarkan modal wang ringgit, tapi dalam biz Onexox ni kita kena berusaha untuk mencapai status tersebut... dengan cara mendaftar sekurang-kurangnya 25 orang User Onexox. Tapi walau macam tu sekali pun, amat berbaloi dengan usaha yang dibuat.

Sorang user yang kita daftarkan, kita akan dapat komisen 10% jika direct bawah kita. Jika user tu diperkenalkan kepada kita oleh user lain, maka kita cuma dapat 5% dari jumlah topup beliau (kongsi 50-50 dengan user yang memperkenalkan beliau). Tapi tak perlu kita susah-susah nak cari pelanggan dengan adanya UGU (User get User) ni...

Bayangkan kalau direct bawah kita ada 100 user. Cuba kita buat kira-kira sikit....
100 user setiap orang topup RM50 setiap bulan (secara purata).
Setiap user pula kita akan dapat 10% dari jumlah topupnya setiap bulan...
100 user x RM50 = RM5000
RM5000 x 10% = RM500

Jadi komisen kita setiap bulan adalah RM500. Itu kalau user kita topup RM50 setiap bulan, tapi kalau beliau topup lebih, maka lebih lagi lah income kita bulan tu. Kalau user kita bertambah setiap bulan lagi banyak lah...

So kalau lah kamu tengah mencari-cari sumber pendapatan kedua sekarang ni, meh la cuba biz Onexox ni. Kalau lah tak dapat income ratus-ratus atau ribu-riban pun, sekurang-kurangnya kamu-kamu boleh dapat topup fr.ee..

Nak tau caranya? Whatsapp atau Telegram saya di 0192460924












Stumble This Fav This With Technorati Add To Del.icio.us Digg This Add To Reddit Add To Facebook


Read More Add your Comment 0 comments


Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR 2015



Hari ini, 8 September 2015 bermulalah peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah bagi seluruh Malaysia. Sama-samalah kita berdoa semoga anak-anak kita, anak saudara kita, anak jiran kita atau siapa-siapa sahaja semoga mereka beroleh kejayaan yang cemerlang dan gemilang. Merekalah warisan pemimpin dan pejuang negara kita di masa hadapan....


















Stumble This Fav This With Technorati Add To Del.icio.us Digg This Add To Reddit Add To Facebook


Read More Add your Comment 0 comments


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© 2015 | 2016 Keusahawanan, Fotografi, Personal All Rights Reserved